Ucapan Tahniah Pelantikan sebagai Pengerusi Pusat KASES

Sukacita dimaklumkan bahawa LESTARI ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Rospidah binti Ghazali yang telah dilantik sebagai Pengerusi Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) LESTARI UKM untuk tempoh tiga tahun mulai 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2025.

Pihak LESTARI mengucapkan tahniah atas pelantikan ini. Semoga Dr. Rospidah dapat memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan LESTARI dan UKM. Syabas diucapkan sekali lagi.