Ucapan Tahniah Pelantikan sebagai Pengerusi Pusat KASES

 
Sukacita dimaklumkan bahawa LESTARI ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Sharina Abdul Halim yang telah dilantik sebagai Pengerusi Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) untuk tempoh tiga tahun mulai 1 Mac 2018 hingga 28 Februari 2021. 
 
Pihak LESTARI mengucapkan tahniah atas pelantikan ini semoga Dr. Sharina dapat memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan LESTARI dan UKM. Syabas diucapkan sekali lagi. 
Laporan oleh Nuratikah Mahamad