WEBINAR : PENGURUSAN & PEMULIHARAAN EKOSISTEM HUTAN PAYA LAUT (DULU, KINI DAN MASA DEPAN)

 

 

Webinar Siri 1 bersempena Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 “Pengurusan dan Pemuliharaan Ekosistem Hutan Paya Laut: Dulu, Kini dan Masa Depan” telah diadakan pada 26 Julai 2021 (Isnin) pada Jam 10:30 pagi

Webinar ini merupakan anjuran secara kerjasama antara Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Sabah (JP Sabah), Jabatan Hutan Sarawak (JH Sarawak), Institut Rimbawan Malaysia (IRIM) dan LESTARI, UKM.

LESTARI UKM diwakili oleh Dr. Ahmad Aldrie Amir seorang pakar dalam bidang paya bakau dan beliau juga merupakan Ketua Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Social (KASES) LESTARI UKM.

Sesi webinar ini telah membawakan panel-panel khas membincangkan isu-isu mengenai pengurusan dan pemuliharaan hutan paya laut yang diuruskan semenjak dari dulu sehingga kini termasuklah perbincangan perancangan, pengurusan dan pemuliharaan hutan tersebut di masa hadapan.