LESTARI Membantu UKM Memenangi 3 Anugerah Utama di Youth Environmental Expo 2018

Setinggi-tinggi tahniah kepada kumpulan peneraju aktiviti kitar semula UKM yang terdiri daripada Ekorelawan UKM/LESTARI, Prasarana UKM, Pusat Citra UKM dan Kumpulan Inisiatif Sisa Sifar UKM yang telah mengharumkan nama universiti atas pencapaian yang membanggakan di Youth Environmental Expo 2018 (YEE2018). YEE2018 adalah program yang dianjurkan oleh Coca-cola Malaysia dan UPM (sebagai sekretariat) yang menggabungkan warga Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah dalam mempamer dan berkongsi idea berkenaan pelaksanaan aktiviti kitar semula. UKM telah memenangi 3 daripada 4 anugerah utama iaitu:

  1. Anugerah Penglibatan Aktif Kitar Semula Terbaik.
  2. Anugerah Poster Terbaik melalui Encik Nik Mohd Noor Faizul Md Saad (LESTARI UKM) dengan tajuk pembentangan poster ” Implementation Model of Recycling@U Programme at Universiti Kebangsaan Malaysia”. Naib Johan Pembentangan Poster adalah juga dari UKM iaitu Puan Maznah Ibrahim (Pusat CITRA) yang bertajuk” Rethinking Recycling Plastic Waste”
  3. Anugerah Pameran Kitar Semula Terbaik

Syabas kepada semua yang telibat dalam menjalankan aktiviti kitar semula di UKM. UKM menjuarai!

Laporan oleh Nik Mohd Noor Faizul Md. Saad