Kolej Burhanuddin Helmi

 Daya Dedikasi Dinamik

Lalulintas

PENGENALAN

Peraturan lalulintas di Kolej Burhanuddin Helmi telah dikuatkuasakan dan pelajar-pelajar, penghuni rumah tamu serta pelawat adalah diwajibkan untuk mematuhi dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Tujuan peraturan-peraturan ini dikuatkuasakan adalah atas sebab faktor keselamatan dan kecemasan. Oleh sebab itu, pemilik kenderaan hendaklah memastikan kenderaan yang dibawa mestilah mematuhi peratuaran universiti dan kolej bagi mengelakan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Tindakan tatatertib seperti denda dan clamp atau rantai kenderaan oleh pihak wisma aman atau pihak kolej akan dilakukan jika kenderaan diletakan di kawasan:

  1. diluar petak kuning
  2. tempat letak kenderaan Pengetua/Tim.Pengetua/Eksekutif/Kakitangan/Felo
  3. menghalang lalulintas
  4. kawasan dilarang meletak kenderaan (petak “X”)
  5. kawasan untuk menurunkan penumpang/barang-barang (depan foyer, bilik pengawal, laluan pejalan kaki)
  6. kawasan rumah pengetua/tim.pengetua

Diharap pelajar-pelajar memaklumkan kepada keluarga/rakan-rakan jika ingin datang ke KBH. Jika pelajar mengalami masalah kesihatan, mohon laporkan kepada pejabat dan felo disertakan dengan surat/MC. Kegagalan berbuat demikian akan merumitkan lagi masalah. Kerjasama dan keprihatinan anda semua amat diharapkan.

TINDAKAN TATATERTIB

Kesalahan meletak kenderaan yang telah clamp akan dikenakan tindakan tatatertib seperti berikut:

-RM50 x hari
-Disenarai hitam iaitu tidak akan ditawarkan untuk semester akan datang
-Diberi surat amaran
-Dibuang kolej dalam tempoh 24 jam

Translate »