Pengetua

Assalamualaikum w.b.t | Salam Sejahtera | Salam Pendaulat Amanah Negara

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya telah diberikan sedikit ruang untuk menyampaikan amanat di laman ini.

Sesungguhnya, laman sesawang ini merupakan salah satu medium rasmi kolej untuk menyampaikan maklumat serta program-program yang dilakukan oleh Kolej Burjanuddin Helmi. Hal ini adalah selari dengan perkembangan era teknologi maklumat  dan ICT, yang mana orang ramai khususnya warga Kolej Burhanuddin Helmi dapat mengenali Kolej Burhanuddin Helmi dengan lebih terperinci serta segala maklumat atau informasi terkini dapat disampaikan dengan lebih mudah. Semoga laman sesawang rasmi ini dapat digunakan sebaik-baiknya oleh warga UKM khususnya pelajar Kolej Burhanuddin Helmi.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada para pelajar baharu yang telah berjaya terpilih untuk menjadi sebahagian daripada warga Kolej Burhanuddin Helmi. Kami dengan berbesar hati menerima kedatangan anda. Saya juga ingin mengucapankan selamat kembali kepada pelajar-pelajar senior, semoga anda lebih bersemangat dan iltizam dalam semester baharu ini.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan di sini untuk mungucapkan Selamat Maju Jaya kepada para pelajar sekalian. Saya mendoakan agar para pelajar sekalian berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang. Ini kerana para pelajar sekalian merupakan generasi seterusnya yang bakal memimpin negara kelak.

“Daya Dedikasi Dinamik”

Pengetua

Prof. Madya Dr. Muhammad Rahimi Yusop                                                                                                      Pengetua