Kolej Burhanuddin Helmi

 Daya Dedikasi Dinamik

Lagu rasmi

SEMANGAT HELMI :

Kamsis perdana nan berbudaya
Bagai serumpun sirih di laman
Dijunjung cita berpaut mesra
Indah merimbun gah berzaman

Sumpah bukan kerana kawan
Berjuang tidak kerana lawan
Demi daulat satu harapan
Ke puncak jaya dan wawasan

Kegagalan suatu pengajaran
Kejayaan membawa cabaran
Dengan azam sehangat bara
Langkah berjuang terus mara

Semangat Helmi jadi inspirasi
Cetus daya dedikasi dinamik
Peri berbudi berilmu tinggi
Teguh upaya setiap detik

Setia dikota terasnya budi
Tiada sengketa berdalih sangka
Membawa siswa menjadi dinding
Harum nama di tugu sejarah

Kegagalan suatu pengajaran
Kejayaan membawa cabaran
Dengan azam sehangat bara
Langkah berjuang terus mara

Semangat Helmi jadi inspirasi
Cetus daya dedikasi dinamik
Peri berbudi berilmu tinggi
Teguh upaya setiap detik

Setia dikota terasnya budi
Tiada sengketa berdalih sangka
Membawa siswa menjadi dinding
Harum nama di tugu sejarah

Kamsis perdana nan berbudaya
Bagai serumpun sirih di laman
Dijunjung cita berpaut mesra
Indah merimbun gah berzaman, gah berzaman

Translate »