Analisis Merit Pelajar Semester I Sesi Akademik 2016/2017

Sistem merit penghuni Kolej Dato’ Onn diperkenalkan bagi menggalakkan pelajar Kolej Dato’ Onn terlibat dengan aktiviti anjuran kolej / universiti, sebagai salah satu kriteria penempatan pelajar di Kolej Dato’ Onn dan juga sebagai penilaian dalam pemberian anugerah kolej ketika Malam Apresiasi Gemilang (MAG). Sistem yang diperkenalkan pada tahun 2005 ini, diharap akan mampu melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dan aktif dalam bidang akademik dan juga pembangunan sahsiah diri.

Bagi sesi akademik 2016/2017, untuk membantu pembangunan dan pembentukkan jati diri pelajar secara holistik dalam penglibatan aktiviti kolej , pihak Pengurusan Kolej Dato’ Onn memperkenalkan Prestasi Merit Pelajar bagi mengenalpasti tahap penglibatan mereka dalam aktiviti kolej. Skala Prestasi adalah seperti berikut:

Merit                  Prestasi

800-1500   –      Cemerlang

600-790     –      Baik

450-590     –      Lemah

0-440         –       Kritikal

Penilaian prestasi ini hanyalah bagi semester I sesi 2016/2017, penilaian dibuat bermula September 2016 sehingga 20 Disember 2016. Berdasarkan penilaian prestasi merit pelajar bagi Sem 1 Sesi 2016/2017:

  • Pelajar tahun 1 mempunyai prestasi yang cemerlang adalah seramai 35 orang (15%), prestasi baik seramai 57 orang (25%), dalam kategori lemah adalah seramai 49 orang (22%) dan kategori kritikal seramai 85 orang (38%)
  • Pelajar tahun 2 pula menunjukkan hanya 4 orang (2%) yang mendapat prestasi cemerlang, prestasi baik seramai 8 orang (4%),  seramai 7 orang (4%) mencatatkan prestasi lemah dan prestasi kritikal seramai 159 orang (89%)
  • Pelajar tahun 3 (82 orang) , tahun 4 (11 orang)  dan pascasiswazah (28 orang) mencatatkan 100% dalam prestasi kritikal dalam penglibatan aktiviti kolej.

Penanda aras bagi menjadi penghuni kolej bagi sesi akademik yang baharu hanya akan dikeluarkan selepas tamatnya semester II bagi setiap sesi. Oleh yang demikian, adalah diharapkan semua penghuni untuk sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti kolej bagi mendapatkan merit.

Namun yang demikian, ingin diingatkan bahawa markah merit yang tinggi tidak akan menjamin seseorang pelajar untuk mendapatkan penempatan kolej. Pihak Pengurusan KDO juga akan mengambil kira sahsiah dan disiplin pelajar dalam pertimbangan pemberian penempatan kolej. Setiap pelanggaran peraturan dan masalah disiplin akan dikenakan tindakan tatatertib dan  dicatatkan (demerit). Justeru itu, pelajar dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan dan menjaga disiplin sepanjang berada dalam kawasan kolej khususnya dan universiti secara amnya.

“Pertama Dalam Semua”