Majlis Perasmian Surau Baitul Rahman Kolej Dato’ Onn

Pada 3 Oktober 2017, Majlis Perasmian Surau Baitul Rahman Kolej Dato’ Onn telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia , YBhg. Prof. Dato’ Noor Aziah Haji Mohd Awal bertempat di Bilik Eksklusif Kolej Dato’ Onn. Majlis Perasmian ini juga turut dihadiri Ayahanda pengetua iaitu Pengetua Kolej Dato’ Onn, Dr Mohd Azul Bin Mohamad Salleh beserta Timbalan Pengetua En. Basir bin Bahir, Majlis Felo juga Majlis Eksekutif Peljar KDO.

Majlis perasmian ini adalah kesinambungan daripada aktiviti gotong-royong yang telah dijalankan sepanjang Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) yang mengindahkan kawasan surau. Disamping itu, majlis ini juga turut menyaksikan penamaan surau KDO secara rasmi sebagai Surau Baitul Rahman Kolej Dato’ Onn.

Perasmian ini merupakan satu simbolik untuk mengukuhkan lagi program-program yang akan dibuat di Surau Baitul Rahman. Sementara itu,sempena perasmian ini , majlis turut diteruskan dengan lantikan jawatan kuasa surau Baitul Rahman. Tidak lupa juga, pihak surau turut memberi sedikit bantuan dan cenderamata kepada dua orang pelajar asnaf Kolej Dato’ Onn yang telah dipilih.

 

Ditulis oleh : Setiausaha Unit Krohanian dan Sivik KDO