Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2017/2018

Saban tahun, Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) bagi memperkenalkan kepada pelajar baharu tentang UKM sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran di universiti ini. Seramai 225 orang pelajar baharu telah ditempatkan di Kolej Dato’ Onn bagi sesi 2017/2018.

Pada tahun ini, minggu mesra mahasiswa dijalankan selama 4 hari iaitu dari 26 sehingga 29 Ogos 2017. Pihak UKM dan kolej telah menyediakan pelbagai aktiviti program yang menarik sepanjang minggu mesra mahasiswa dijalankan. Sepanjang minggu ini, pelajar baharu telah mengikuti program 3M @ Fakulti bersama Alumni. Disni mereka didedahkan mengikut bidang pengajian mereka.

Sejurus setelah selesainya program di fakulti, mereka meneruskan program 7 Domain dimana kesemua domain ini ­­­­­­­­­setiap pelajar perlu mengambil bahagian dalam program ini. 7 Domain tersebut adalah domain kesukarelawanan, keusahawanan, inovasi, kelestarian, kebudayaan, sukan, dan kepimpinan. Setiap domain dijalankan didalam UKM sendiri dan beberapa tempat berhampiran UKM manakala domain kepimpinan dijalankan di kolej kediaman masing-masing.

Pada hari terakhir MMM,  Majlis Ikrar Pelajar dimana bacaan ikrar diadakan bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak sebagai tanda rasmi mereka sebagai warga Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program terakhir yang dijalankan pada malam terakhir minggu mesra mahasiswa adalah Malam Tunas Seni dan sambutan kemerdekaan. Malam Tunas Seni diadakan bagi memperkenalkan seni dan kebudayaan yang ada di UKM. Persembahan yang dipersembahkan juga adalah dalam kalangan pelajar baharu sendiri bagi memberi mereka peluang untuk merasai sendiri aktiviti seni dan kebudayaan di UKM.

 

Ditulis oleh : Nurul Nadhirah Binti Isa