Pekeliling Kolej Dato’ Onn Mengenai Cuti Semester I Sesi 2016/2017

[Cuti Semester I Sesi 2016/2017]

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Mohon Perhatian kepada semua penghuni Kolej Dato’ Onn, dilampirkan bersama pekeliling rasmi daripada Pejabat Pentadbiran Kolej Dato’ Onn mengenai perkara-perkara berikut:

1) Tarikh-tarikh penting log keluar-masuk bilik untuk cuti semester I dan semester II Sesi 2016/2017
2) Kadar bayaran sewaan bilik dan stor bagi penyimpanan barang ketika cuti semester
3) Hebahan umum mengenai tatacara pemulangan kunci bilik dan pengunaan bilik ketika cuti semester I.

Bagi pelajar yang akan mengadakan perkampungan ketika cuti semester permohonan hendaklah dilakukan melalui Pengerusi/Ketua Program kepada Pengetua KDO.

Semua Penghuni hendaklah membaca pekeliling yang diedarkan dengan teliti. Sebarang pertanyaan/kemusykilan mengenai pekeliling yang diedarkan boleh merujuk secara terus kepada Pejabat Pentadbbiran Kolej Dato’ Onn pada waktu pejabat.

Sekian, terima kasih.

“Pertama Dalam Semua”