Sambutan Hari Malaysia 2017

Pada 18 September 2017, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan sambutan Hari Malaysia yang diadakan di stadium UKM. Hari Malaysia disambut dengan mengadakan acara perbarisan dan persembahan oleh setiap kolej. Tujuan Hari Malaysia disambut adalah bagi memperingati pembentukkan negara Malaysia, disamping memupuk semangat keharmonian dalam kalangan warga UKM.

Warga KDO yang yang menyertai perbarisan dan persembahan Hari Malaysia pada tahun ini adalah terdiri daripada kalangan pelajar tahun 1 sesi 2017/2018 yang dibantu oleh warga kolej yang lain. Pada kali ini, seramai 82 orang pelajar yang menyertai perbarisan Hari Malaysia. Pasukan daripada KDO dibawah seliaan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kebudayaan dan Warisan iaitu Farah Nassuha Binti Mohammad Rafi.

Kesungguhan pelajar dalam menjalani latihan perbarisan pada setiap petang berjaya memberikan satu kejayaan buat Kolej Dato’ Onn. Dengan memenangi naib johan Anugerah Kolej Harapan menunjukkan kehebatan pasukan dari Kolej Dato’ Onn dalam acara tersebut. Kejayaan ini diharap menjadi pembakaar semangat bagi warga Kolej Dato’ Onn untuk lebih bersemangat dalam menjuarai pelbagai acara yang dianjurkan tidak kira di peringkat kolej mahupun universiti.

Ditulis oleh : Nurul Nadhirah Binti Isa