Kolej Dato' Onn

 Pertama Dalam Semua

Info KDO

Kolej Dato’ Onn Universiti Kebangsaan Malaysia (KDO UKM) turut menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan kepada semua penghuninya bukan sahaja tempat menetap sahaja malah ia turut menawarkan kemudahan seperti Ruang Rehat (terdapat TV), Bilik Multimedia, Bilik Mesyuarat, Bilik Aktiviti Kebudayaan, Surau Baitulrahman, Dewan serba guna, kafeteria sinar, stor di setiap untuk menyimpan barang Bilik Rawatan Kecemasan serta kemudahan guna sama yang diadakan oleh pihak universiti. Semua kemudahan ini sentiasa dipantau penggunaan dan kesesuaiannya dari semasa ke semasa. Selain itu, KDO turut menggalakkan penganjuran aktiviti-aktiviti pelajar yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah mereka sesuai dengan hasrat universiti untuk membentuk masyarakat pelajar yang cemerlang. Ianya amat menepati konsep Kolej Akademia.

Kedudukan Kolej Dato’ Onn (KDO) yang strategik berhampiran dengan padang sukan, masjid, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) dan juga pusat pentadbiran menjadikan KDO sering kali menjadi pilihan pelajar dan orang luar memilih untuk menginap dari semasa ke semasa.

Kolej Akademia adalah merupakan satu inisiatif pemerkasaan Kolej kediaman ke arah akademik. Penjenamaan semula kolej kediaman ini menaiktaraf fungsi kolej sebagai hab pelajar yang akan menawarkan pengalaman pembelajaran sepanjang hayat. Ia juga berperanan untuk menyediakan ruang pembelajaran aktif dan aktiviti yang berimpak berpandukan kebitaraan universiti.

PERTAMA DALAM SEMUA