Sebelum ditubuhkan secara rasmi, Pusat Kembangan Pendidikan diletakkan di bawah Biro Rundingan dan Kembangan. Melihat kepada permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat dan tuntutan memenuhi keperluan masyarakat berilmu negara, pengurusan PKP akhirnya bersetuju untuk menubuhkan satu lagi pusat yang mampu memanfaatkan kepakaran UKM untuk pembangunan keilmuan dan ketrampilan. Usaha ini telah menaiktaraf Biro Rundingan dan Kembangan menjadi Pusat Kembangan Pendidikan yang ada pada hari ini pada tahun 1999. |