Permohonan Bagi Pengambilan November Sesi Akademik 2014/2015

  ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  TATACARA PERMOHONAN
   
 
1.
Isi borang permohonan dengan lengkap di www.ukm.my/smpe/kemasukan
2.
Muat Naik dokumen sokongan mengikut SENARAI SEMAKAN BUTIRAN di bawah
3.
Buat pengesahan/ perakuan permohonan
4.
Maklumat permohonan boleh dikemaskini selagi pengesahan/perakuan permohonan belum dibuat.
5.
Maklumat permohonan tidak boleh dikemaskini selepas pengesahan/ perakuan permohonan dibuat
6.
Permohonan hendaklah dibuat bermula 25 Julai 2014 (Jumaat) hingga 21 September 2014 (Ahad).
7.
Sila buat SEMAKAN STATUS PERMOHONAN untuk mengetahui status permohonan anda.
8.
Pihak PKP akan memaklumkan keputusan permohonan dan semakan status permohonan boleh dibuat melalui laman web PKP
9. Yuran pemprosesan tidak akan dikembalikan.
   
  SENARAI SEMAKAN BUTIRAN
   
 
Sila pastikan bahawa maklumat berikut disediakan sebelum membuat permohonan
* Semua dokumen hendaklan dalam format pdf dengan saiz tidak melebihi 2 MB
* Semua dokumen hendaklah disahkan terlebih dahulu sebelum diubah ke format pdf
* Gambar hendaklah disediakan dalam bentuk jpeg dengan saiz tidak melebihi 100KB
1.
Gambar berukuran passport terkini (Klik sini untuk melihat Panduan Gambar)
2.
Resit bayaran pemprosesan sebanyak RM50.00 (warganegara); RM100 (Bukan Warganegara) hendaklah dibuat melalui deposit ke akaun Pusat Kembangan Pendidikan (Nombor Akaun : 8002233829) di CIMB. Sila tulis nama dan No. Kad Pengenalan pada slip bank dan muatnaik bersama sijil-sijil berkaitan.
3.
Satu salinan Ijazah/Diploma/Sijil berkaitan akademik termasuk SPM beserta transkrip.
4.
Surat tawaran penajaan/pinjaman kewangan/biasiswa (bagi calon yang mempunyai penaja rasmi sahaja)
5.
Bagi permohonan program Doktor Falsafah Pendidikan, sila muat naik 'BORANG PENYOKONG' & KERTAS CADANGAN TESIS/ PROJEK PENYELIDIKAN' bersama borang permohonan [Klik di sini untuk memuatturun Borang Penyokong Tesis]
6.
Surat pengesahan bekerja yang dikeluarkan oleh majikan/ketua jabatan.