Individu bercita- cita tinggi yang ingin memperolehi kelayakan akademik dari sebuah universiti penyelidikan yang diiktiraf
Individu yang ingin memperkembangkan kerjaya mereka melalui pencapaian akademik yang lebih tinggi tanpa meninggalkan kepentingan kerjaya dan sosial mereka
Perkuliahan serta peperiksan diadakan pada hujung minggu atau selepas waktu pejabat
Pelajar akan diberi akses kepasa semua kemudahan yang dapat dinikmati oleh pelajar-pelajar sepenuh masa seperti perpustakaan Tun Sri Lanang, Pusat sumber fakulti, makmal komputer, kemudahan riadah dan lain-lain
Pakej yuran amat kompetitif, tiada kos terlindung (hidden fees) dan boleh dibayar secara ansuran
Perkuliahan akan dikendalikan oleh para pensyarah berkelayakan dan berpengalaman serta turut aktif menjalankan penyelidikan
Pelajar akan dianugerahkan ijazah masing-masing pada konvokesyen gilang gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia bersama- sama pelajar sepenuh masa