Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran
 
Khairulizwan Bin Ali
Penolong Pendaftar (Ketua Jabatan)
Work Email : kizwan42@ukm.my
Work Phone : 03-8921 5642
   
Nik Noorsuhaida Binti Ab Kahar
Penolong Pendaftar (Unit Latihan)
Work Email : nik_suhaida@ukm.my
Work Phone : 03-8921 5898
   
Mohd Romaini Khaidir Bin Baharom
Penolong Pegawai Tadbir (Unit Pemasaran)
Work Email : romaini@ukm.my
Work Phone : 03-8921 3995
 
Puan Norlijah Bt Kadiron
Pembantu Tadbir
Work Email : raziqpkp@ukm.my
Work Phone: 03-8921 5329
   
 
Pembangunan Program
 
Bertanggungjawab terhadap memperolehi maklumat dan mengaturkan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkenaan sehingga terlaksananya program-program berikut :
 
  • Program baru yang belum pernah ditawarkan di UKM, ditawarkan mengikut keperluan pasaran dengan mod pengajian Eksekutif atau Pengajian Berterusan
  • Program sedia ada yang ditawarkan di UKM, diubah suai dari sudut perlaksanaan dan modus operandi supaya sesuai dan memenuhi keperluan organisasi swasta/ jabatan kerajaan / institusi luar negara.
  • Penawaran program baru atau sedia ada secara kerjasama antara UKM dengan IPTS di Malaysia atau IPT luar negara.
 
 
Antara tugas yang dijalankan ialah :
 
  • Berfungsi sebagai orang tengah antara pihak luar dengan fakulti dan berkomunikasi secara lisan dan/ atau bertulis bagi membincangkan hal-hal berkaitan struktur pengajian program, kaedah perlaksaan, logistik program, peranan, dan tanggungjawab kedua-dua pihak dan lain-lain
  • Mengatur dan menjalankan sesi taklimat program di premis pihak luar sekiranya diperlukan.
  • Mengatur dan menjalankan lawatan audit ke premis pihak luar sekiranya ia akan dijadikan pusat kuliah bagi program UKM
  • Menyediakan laporan lawatan audit untuk dibawa oleh Penyelaras ke mesyuarat yang berkenaan di fakulti dan seterusnya dibawa (oleh fakulti) untuk kelulusan atau perakuan pihak JPPLK/Senat
  • Membantu pihak fakulti dalam penyediaan Kertas Cadangan Penawaran program Secara Eksekutif/ Pengajian Berterusan untuk Kelulusan Senat
  • Membangunkan costing dan mencadangkan kadar yuran bagi program baru atau program yang ditawarkan secara khas
  • Mengaturkan bengkel atau mesyuarat dengan fakulti untuk melihat semula kesesuaian atau mengkaji keberkesanan penawarn program yang telah lama ditawarkan
  • Mengaturkan bengkel atau mesyuarat dengan fakulti serta semua pihak yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung penawaran program baru
  • Membuat tinjauan dan mengadakan perbincangan awal ke pusat-pusat atau institusi luar yang berminta bekerjasama dengan PKP dalam pengendalian program Eksekutif / Pengajian Berterusan UKM
   
 
Promosi dan Pemasaran
 
Bertanggungjawab memastikan PKP dikenali sebagai pusat di UKM yang mengendalikan program-program dengan mod pengajian Eksekutif dna Pengajian Berterusan dan memasarkan program-program yang ditawarkan pada setiap pengambilan baru.
   
 
Antara tugas yang dijalankan ialah:
 
  • Mendapatkan pengesahan fakulti terhadap program-program yang boleh ditawarkan untuk setiap pengambilan.
  • Menyediakan bahan penerbiatn dan bahan promosi yang bersesuaian
  • Membangunkan strategi promosi dan pengiklanan yang sesuai sepanjang tahun
  • Melayani pertanyaan dan membekalkan maklumat yang berkenaan kepada prospek pelajar
  • Menyediakan kertas kerja atau cadangan bekerjasama (business proposal) antara PKP dengan institusi yang sesuai
  • Mengeluarkan surat jemputan kepada organisasi dan institusi yang sesuai untuk mengadakan taklimat akademik atau preview program
  • Mengaturkan sesi preview program dan sesi taklimat di luar kampus mengikut keperluan
  • Sebagai urusetia kepada penglibatan PKP dalam pameran pendidikan atau expo yang sesuai
  • Membekalkan maklumat dan cadangan yang sesuai untuk menjadikan laman web PKP sebagai slaah satu platform pemasaran
  • Berfungsi sebagai orang tengah antara pihak luar dengan fakulti dan berkomunikasi secara lisan dan / atau bertulis bagi membincagkan hal pemasaran