Pusat Kesatria Universiti UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Penubuhan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) di UKM ini akan memberikan sumbangan dalam pembangunan pelajar dari segi ilmiah, sahsiah dan rohaniah. Penubuhan ini adalah berada di dalam Akta Persekutuan Pengakap-pengakap Malaysia (Perbadanan) 1968 (Akta 784/ The Scouts Association of Malaysia (Incorporation) Act 1968 (Act 784) dan mengikut sebagaimana Prosedure, Organization and Rules (POR), Persekutuan Pengakap Malaysia, Bahagian IV, Peraturan 91.

Persekutuan Pengakap yang pertama ditubuhkan di Pusat Pengajian Tinggi telah ditubuhkan di Universiti Pentanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia pada tahun 1985. Perkara ini telah dillhamkan oleh Y.Bhg. Allahyarham Profesor Datuk. Dr. Kamaruddin Haji Kachar (mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara). Beliau merupakan Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan ketika itu bersama Prosefor Madya Hj. Taha Abdul Kadir dan Encik Ismail Abu Bakar dengan penyertaannya awal seramai 28 orang pelajar dikenali sebagai pasukan Pengakap KLM ke-16. Sebagai makluman tambahan, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ketika ini YBhg. Mejar Jeneral (B) Profesor Dato’ Dr. Zin Bidin (Pemangku Ketua Pengakap Negara) juga merupakan seorang Alumni UKM. Kursus Pengakap Kelanasiswa ditawarkan selama 6 Semester (3 Tahun) berdasarkan daripada Skim Latihan Pengakap Kelana yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Aktiviti kepengakapan ini akan dijalankan dengan bimbingan Pemimpin Pengakap atau Jurulatih bertauliah yang dilantik oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.

Keistimewaan Pengakap Kelanasiswa

    1. Menerima penganugerahan dan pengiktirafan peringkat dunia iaitu Scout of the World Award (SWA), Baden-Powell Award (BPA), The Duke of Edinburgh’s International Award (DoE),  Anugerah Remaja Perdana (ARP – Peringkat Gangsa, Perak & Emas) di bawah KBS, Wood Badge Beads dan lain-lain.
    1. Berpeluang menganggotai Young Adult Members Group (YAMG) di

Peringkat Rantau Asia Pasifik atau sebagai World Youth Advisor (WYA) di Peringkat Dunia.

    1. Berpeluang menghadiri program dan latihan diperingkat antarabangsa dibawah seliaan World Organization of the Scout Movement (WOSM) seperti World Youth Forum (WYF), World Scout Moot (WSM), World Scout Jamboree (WSJ), World Scout Environment Programme (WSEP), World Jamboree On The Air & World Jamboree On The Internet (JOTA/JOTI), Scout go Solar Programme (SGS), Youth & United Nation Global Alliance (YUNGA) Challenge Programme, Asia-Pasific Region Programme, Scouts for Sustainable Development Goals (SDGs), Volunteer Programme at Kandersteg International Scout Centre dan lain-lain.
    1. Berketrampilan kepimpinan dan jatidiri melalui program dan latihan kepengakapan seperti mengganggotai jawatankuasa, sukarelawan kemasyarakatan & alam sekitar.
    1. Berilmu dan berkemahiran melalui program dan latihan kemahiran luar seperti berkhemah, ikhtiar hidup, orienteering, pioneering project, ekspedisi, pertolongan cemas, penyelamat nyawa, radio amatur, sukan ekstrem (skydive, paraglider, paramotor, scuba diving), keusahawanan dan lain-lain.
    1. Berilmu dan berkemahiran di dalam aktiviti udara melalui Sukan Drone, Program Senior Airman dan Senior Airman at Sea seperti teori penerbangan, teknikal pesawat, meteorologi, navigasi, radio telefoni, perubatan aviasi dan lain-lain.

Semua pelajar UKM berpeluang untuk menyertai program-program Outbound Antarabangsa seperti berikut :

– Anugerah Baden Powell (BPA)

– World Scout Jamboree

– Projek Scout of the World Award (SWA)

– World Scout Conference

– Projek Scout Go Solar (SGS)

– World Scout Forum

– World Scout Environment Programme (WSEP)

– World Scout Moot

– The Duke of Edinburgh’s International Award (DoE)

– Messengers of Peace (MoP)

– Scouts for Sustainable Development Goals (SDGs)

– YUNGA Challenges Badges

– Volunteer Programme at Kandersteg International Scout Centre

Syara-syarat asas keanggotaan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia seperti berikut :

    1. Terbuka kepada semua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
    2. Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa
    3. Bukan ahli kepada lain-lain badan beruniform

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) UKM ketika ini didaftarkan dibawah Kategori Pertubuhan Khusus (NGO) di bawah seliaan Pusat Hal Ehwal Pelajar bermula daripada tahun 2018 dan bergerak aktif sepanjang 2 tahun dalam menjalankan aktiviti kepengakapan.