Latar Belakang

Pusat Kesatria

Sejak ditubuhkan pada November 2014, Pusat Kesatria Universiti (KESATRIA-UKM) adalah salah satu daripada Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM.

Organisasi ini memainkan peranan penting sebagai urusetia di mana pelajar melakukan pelbagai kegiatan kokurikulum badan-badan beruniform yang terdiri daripada PALAPES Tentera Darat, Kor SUKSIS, Kor SISPA dan BSMM Cabang UKM. Pusat Kesatria Universiti (KESATRIA-UKM) ini akan menyelaras aktiviti latihan keempat-empat badan beruniform tersebut dengan Pusat-Pusat Tanggungjawab (PTj) lain di UKM.

PALAPES

KOR SUKSIS KOR SISPA BSMM

(CABANG UKM)

Kompleks Kesatria akan menyelaras dengan Pusat Kesatria berdasarkan aktiviti pelajar dan kakitangan UKM, sejajar dengan KRA Universiti.