Pusat Kesatria Universiti UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

PALAPES TD

Kembali Ke Indeks

Sejarah Penubuhan

UKM ditubuhkan atas kehendak rakyat, perjuangan menubuhkannya tidak boleh diasingkan dari kebangkitan nasionalisme Melayu, iaitu pemilik tunggal Persekutuan Tanah Melayu sebelum tahun 1948. Dalam tahun 1930-an, sudahpun terlintas ura-ura menubuhkan sebuah universiti yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Pada bulan Mei 1970, lahirlah Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti pelajar sering dikaitkan dengan aspirasi rakyat. Bagi membuktikan kesungguhan kata-kata, sejumlah pelajar dari Kolej Pertama UKM telah menyedari tanggungjawab mereka apabila tamat pengajian. Dalam tahun 1975, dengan diketuai oleh Residen Fellow Kolej tersebut, satu rombongan telah menemui Pengarah Askar Wataniah, Kol Mukhti Jabar (Allahyarham). Walau bagaimanapun menurut Kol Mukhti Jabar, tidak ada peruntukan untuk menubuhkan Batalion Infantri di UKM seperti yang diperuntukkan untuk Universiti Malaya dan ITM (sekarang dikenali sebagai UiTM).

Residen Fellow dan beberapa orang pelajar Kolej Pertama UKM tidak kecewa dengan keputusan itu, lantas mereka bertemu dengan Naib Canselor UKM (Dr Anuwar Mahmud) yang kebetulan hendak menemui YAB Tun Abdul Razak untuk menyatakan persetujuannya, dan kemudiannya satu Platun Askar Wataniah ditubuhkan di UKM.

Dalam bulan Julai 1975, ramai mahasiswa UKM mendaftarkan diri sebagai rekrut Askar Wataniah. Dalam tahun berikutnya, kekuatannya telah bertambah menjadi beberapa platun.

Detasmen Askar Wataniah UKM adalah ditubuhkan di bawah kekuatan pasukan Pertahanan Tempatan Selangor (Selangor Local Defence Corps) yang sekarang dikenali sebagai Rejimen 502 (AW). Namun demikian semua aspek latihan dan kemudahan dikendalikan oleh Markas Batalion Infantri ITM yang diketuai oleh Mej M. T. Arasu. Dua orang jurulatih dari Markas tersebut telah ditempatkan di UKM. Mereka ialah Kpl Baharudin Yeop Mat Ali (3 RAMD) dan Kpl Saidin Salam.

Kem Tahunan yang pertama diadakan pada bulan Julai 1976 di Hutan Simpan Air Hitam, Serdang. Di akhir latihan intensif inilah beberapa orang anggota dinaikkan pangkat Lans Koperal. Mereka yang pertama yang dinaikkan pangkat ialah L/Kpl Fawzi Basri (Allahyarham) dan dua orang mahasiswa iaitu L/Kpl Khadri Hj. Ahmad dan L/Kpl Sulaiman. Dalam tahun berikutnya ramai lagi mahasiswa yang dinaikkan pangkat ke Lans Koperal.

Dalam tahun 1977, L/Kpl Fawzi Basri dan L/Kpl Khadri Hj. Ahmad menghadiri kursus PTT Kadar di PLAW (sekarang PUSWATAN). Berikutnya L/Kpl Fawzi Basri dinaikkan ke pangkat Koperal menjalankan tugas Ketua Detasmen UKM.

Apabila UKM berpindah ke Bangi dalam bulan Oktober 1977, kekuatan anggotanya telah menjadi satu kompeni dan diletakkan sepenuhnya sebagai Kompeni C Batalion Infantri ITM. TNC (HEP), Kapten Prof Datuk Ghazali dibantu sepenuhnya oleh 123366 Sjn Fawzi Basri (Pengarah Perumahan Pelajar). Ramai pelajar telah dihantar berkursus di PLAW dan kemudiannya dinaikkan ke pangkat Lans Koperal dan Koperal. Di antaranya ialah Kpl Ahyar Idris, Kpl Kamaruddin Chin, Kpl Zain Bidin, L/Kpl Raja Khan, L/Kpl Ibrahim Teh dan L/Kpl Ibrahim Majid. Pada akhir tahun 1978, Pengarah Askar Wataniah Brig Gen Dato’ Abul As bersetuju menubuhkan Kompeni D, iaitu satu lagi tambahan kompeni untuk UKM.

Namun demikian, sejak tahun 1976 lagi, rancangan mengadakan program ROTU (Reserve Official Training Unit) telah dibincangkan. Brig Jen Dato’ Abdul As telah mengambil inisiatif berbincang dengan semua universiti. UKM mendapati RAW (Rejimen Askar Wataniah) tidak dapat memenuhi rancangan memiliki pegawai Askar Wataniah yang diperlukan. Mahasiswa yang terlibat dengan RAW didapati sukar dihubungi selepas menamatkan pengajian di pusat pengajian tinggi. Di dapati kursus di PLAW (Pusat Latihan Askar Wataniah) tidak sesuai dengan tarikh cuti universiti, dengan itu terlalu sedikit yang dapat menyelesaikan kursus PTT Kadar. Kursus ini amat penting bagi membolehkan pencalonan bagi kursus Bakal Pegawai.

Dalam tahun 1979, UKM merupakan Kompeni Askar Wataniah yang maju dan mempunyai bilangan mahasiswa yang paling ramai. Sementara menanti kertas kerja mengenai penubuhan PALAPES diluluskan  Majlis Angkatan Tentera, UKM telah diberi penghormatan menubuhkan ROTU sebagai percubaan. Pada 1 Julai 1979, UKM menjadi pusat pengajian tinggi yang pertama menubuhkan ROTU di Malaysia. Mej Abdul Rahman Salim di Batalion Infantri ITM (sekarang dikenali sebagai UiTM) menjadi Ketua Jurulatih yang pertama bagi PALAPES UKM, Kapt Zamri Saidin adalah Ajutan pertama, manakala PW 1 Joned Nasir adalah SMR yang pertama. Lain-lain Staf Jurulatih yang awal ialah 69110 PW11 Halim Baharuddin (KSMJ), 23906 Sjn Hambali tanzil (RAMD) dan 928115 Sjn Ahmad Latif (RJR). Manakala Lt Fawzi Basri adalah Pegawai Sukarela yang pertama di samping Mej Prof. Datuk Ghazali.

Pada 8 Februari 1980, ROTU ditubuhkan melalui kuatkuasa Kerajaan. UKM kemudiannya mencadangkan ROTU digantikan dengan PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) yang dicadangkan oleh Lt Fawzi Basri. KEMENTAH menerima syor tersebut dan PALAPES dipersetujui. Serentak dengan itu juga, kakitangan UKM yang berkhidmat dalam Kompeni C ditukarkan ke dalam kekuatan Rej 502 PSTD yang diketuai oleh Lt Ismail Jaafar. Sebahagian daripada mereka dijadikan Platun Demo bagi PALAPES.

PALAPES mengalami kemajuan pesat di peringkat awal. Kebanyakan mahasiswa tahun dua yang menjadi anggota RAW UKM diserapkan sebagai Pegawai Kadet PALAPES di samping mahasiswa tahun satu yang berminat.

Dalam bulan Januari 1980, Markas PALAPES dilengkapkan dengan pegawai dan jurulatih yang diketuai oleh Mej Ilyas Mohd Amir selaku Ketua Jurulatih, Kapt Zaki Yassin (Ajutan), Lt M Gregory Bansa Jana (Pegawai Latih). Tiga KSMJ serta jurulatih juga bertambah dari masa ke masa. Dalam bulan Jun 1981, UKM mula menerima pelajar wanita sebagai Pegawai Kadet Wanita PALAPES. Dalam tahun yang sama, satu lagi Platun Wanita telah ditubuhkan.

Bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Kompeni dan Sabaltan, seramai 10 orang staf akademik UKM telah menghadiri Kursus Bakal Pegawai PALAPES di PLAW (sekarang dikenali sebagai PUSWATAN) pada akhir tahun 1980 dan tahun berikutnya. Antara mereka ialah Dr. Yusof Nor (TNC HEP), Dr. Zakaria Ahmad (SKK), Dr. Abd Hamid Othman (Sains), Dr. Bohari Yamin (Sains), Haji Ali BAharum (FPI), L/Kpl Abd Rahman Mustafa (FPI), Mohd Zahir Kecut (Ekonomi) dan Tamby Sabha Mohd Meera (FSKK). Kesemua mereka ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan diberi tugas sebagai Ketua Platun.

Kini PALAPES UKM telahpun kukuh sebagai satu sekolah latihan yang lengkap walaupun masih ada kekurangan. Jika dibandingkan dengan keadaaan RAW, PALAPES memang menyediakan medan melatih mahasiswa yang ingin berbakti untuk negara. PALAPES adalah jawapan yang paling tepat dan praktis jika mahu membela negara serta jika ingin bersama rakyat mempertahankan negara. Umpama kata “Perahu sudah di air, pengayuh sudahpun di tangan, maka tepuk dada tanya selera”. PALAPES adalah gelanggang membentuk mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin dalam semua bidang, malahan konsep PALAPES adalah serasi dengan konsep dan cita-cita pembelajaran UKM.

Biar putih tulang jangan putih mata

Biar bergunung halangan mendepa

Biar sederet katanista penghasut jiwa

PALAPES tetap menjadi medan rakyat

Melatih siswa kembali kepada rakyat

PIAGAM PALAPES

Piagam PALAPES adalah seperti berikut:

  • Membina sahsiah sebagai mahasiswa/mahasiswi dan pemimpin yang berdisiplin dan gagah setia.
  • Menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara.
  • Melengkapkan diri sebagai barisan kedua dalam pertahanan negara dan ketahanan rakyat
  • Membuktikan secara praktikal akan sumbangan mahasiswa/i kepada permasalahan negara.
  • Berusaha meletakkan diri sebagai mahasiswa/i yang beriman kepada tuhan serta berfikiran luas dan dinamik.
  • Menegakkan serta meninggikan imej UKM.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Markas PALAPES UKM

Kompleks Kesatria,

43600 UKM-Bangi, Selangor

No. telefon: 03-8921 3044

 

 

planswift activation sewart serial number emby premiere Crack typing master full version free download with key