Peraturan Tempahan

1. Setiap badan pelajar yang mengadakan aktiviti jualan di Kompeks Kesatria diminta memastikan bahawa jualan yang dibuat tidak berkonsep `pasar malam’. Contoh: Jika jualan yang dibuat adalah jualan ICT maka keseluruhan barangan yang dijual hendaklah berkaitan dengan ICT dan jualan produk kesihatan hendaklah berkaitan yang barangan kesihatan sahaja.

2. Penyediaan ‘booth‘ hendaklah disediakan untuk peniaga yang berniaga di Kompleks Kesatria dan pemasangan ‘booth‘ untuk peniaga hendaklah mengikut pelan susun atur ‘booth‘ yang disediakan oleh Pusat Kesatria.

3. Aktiviti jualan dan pameran boleh diadakan di Aras 1, Kompleks Kesatria.

4. Perniagaan seperti lingua phone adalah tidak dibenarkan.

5. Setiap badan pelajar tidak dibenarkan mengambil ORANG TENGAH untuk menguruskan setiap program yang telah diluluskan.

6. Senarai dan alamat peniaga yang berniaga di sepanjang program jualan hendaklah dikemukakan kepada Pusat Kesatria Universiti sebelum program bermula.

7. Setiap badan pelajar dikehendaki menyediakan meja Urus Setia untuk sebarang pertanyaan atau aduan daripada peniaga-peniaga yang menghadapi masalah sepanjang program berjalan.

8. Aktiviti yang dijalankan tidak bertentangan dengan undang-undang negara, perlembagaan dan peraturan Universiti serta tidak melibatkan isu-isu sensitif seperti perkauman.

9. Tidak akan mencemarkan imej dan nama baik Universiti sebagai Institusi Pengajian Tinggi.

10. Tidak melakukan vandalisme.

11. Pakaian hendaklah kemas dan sopan serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.

12. Kerosakan aset dan kemudahan dalam tempoh penggunaan ruang yang disebabkan oleh pemohon adalah menjadi tanggungjawab pemohon.

13. Memastikan kerusi dan meja yang digunakan selepas program, disusun dengan teratur seperti keadaan asal.

14. Menjaga kebersihan Kompleks Kesatria, bilik-bilik kuliah, bilik-bilik seminar, surau dan Auditorium selepas digunakan dan sisa-sisa makanan hendaklah dibuang selepas program tamat.

15. Pengguna bertanggungjawab memadamkan lampu dan alat penghawa dingin setelah tamat sesuatu program.

16. Sebarang perubahan tarikh dan masa bagi sesuatu program tidak dibenarkan selepas permohonan telah dihantar ke Pusat Kesatria, namun ia tertakluk kepada perundingan kedua belah pihak.

17. Pembayaran sewa ruang hendaklah dijelaskan kepada pihak Bendahari, UKM sebelum program dijalankan. Pemohon perlu menjelaskan deposit kebersihan dan deposit kerosakan SATU (1) MINGGU lebih awal mengikut kadar berikut:

i. Deposit kebersihan RM50*

ii. Deposit kerosakan RM100*

*Deposit perlu dibayar terus kepada Pusat Kesatria secara tunai untuk memudahkan proses/urusan pemulangan semula wang setelah sesuatu program selesai dijalankan.

*Semasa menjelaskan wang deposit, pemohon boleh membuat lawatan untuk melihat kemudahankemudahan yang sedia ada di Pusat Kesatria.

*Deposit akan dikembalikan kepada pemohon tertakluk kepada keadaan kemudahan dan aset yang baik dan memuaskan.

18. Bagi tempahan yang telah diisi boleh dihantar kepada Pusat Kesatria melalui e-mel, sukesatria@ukm.edu.my atau melalui pos ke alamat berikut:

Pusat Kesatria Universiti Kompleks Kesatria,

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM-Bangi,

Selangor

19. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi Pusat Kesatria UKM, www.ukm.my/kesatria

Sebarang pertanyaan dan permohonan sila rujuk pada PEJABAT PUSAT KESATRIA UNIVERSITI.

Sila hubungi 03-8921 4995.