UTAMA

PENGENALAN

Pusat Kesatria Universiti (KESATRIA-UKM) terletak di Kompleks Kesatria, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Kompleks Kesatria telah dilancarkan pada 31 Januari 2012 (7 Rabiulawal 1433H) oleh Yang di-Pertuan Besar Yang Mulia, Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ia dikelilingi oleh persekitaran yang tenang dan damai yang terletak berhampiran Kolej Keris Mas.

Prasarana kompleks ini terdiri daripada ruang pejabat, bilik seminar, dewan kuliah, auditorium, surau, bilik mesyuarat, padang, dan dewan makan. Semua kemudahan ini diguna secara bersama untuk aktiviti pentadbiran dan pengurusan latihan oleh Pusat ini serta markas/bilik gerakan keempat-empat badan beruniform.