Panduan Keselamatan Pencegahan Jenayah Ragut

Berikut adalah sebahagian panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa RAGUT:

  1. Gunakan jalan yang selalu dilalui orang ramai.
  2. Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman.
  3. Elakkan daripada meletak beg duit atau barang berharga di dalam bakul membeli belah atau di atas kaunter semasa membuat pembayaran.
  4. Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan.
  5. Semasa membeli belah di tempat sibuk genggam beg tangan dengan kuat atau sembunyi daripada pandangan.
  6. Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari di ragut oleh pembonceng motosikal.
  7. Jangan berasak-asak ketika menaiki/turun daripada bas, kereta api, panggung wayang atau tempat-tempat sesak supaya dapat mengelak diri daripada di ragut.
  8. Bila menggunakan lif, pastikan ada orang lain bersama anda atau cari orang yang anda biasa/kenali. Jika anda mengesyaki ada orang yang mengekori anda dan anda mencurigai orang tersebut, keluar daripada lif dengan segera.
  9. Jangan menyimpan beg duit  di dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang bola sepak, bas atau kereta api.
  10. Semasa menaiki atau turun daripada kenderaan awam seperti bas, teksi atau kereta api jangan berasak-asak, tunggu sehingga keadaan sudah reda.
  11. Jangan biarkan orang anda kenali meletakkan tangannya di atas bahu anda terutama sekali semasa naik atau turun daripada kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan.
  12. Jangan simpan duit di satu kocek sahaja, simpanlah dalam kocek yang berasingan.
  13. Elakkan daripada berjalan sendirian di kawasan sunyi dan jika ada orang yang mencurigai mengekori cuba menuju segera ke tempat yang ada ramai orang.
  14. Elakkan memakai barang kemas berlebihan termasuk memakaikan anak-anak dengan barang kemas turut akan mengundang kepada jenayah ragut.

Comments are closed.