Pengenalan

Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada 18 Mei, 1970 dan beroperasi di Bangunan Institut Bahasa, Lembah Pantai. Susulan penubuhan UKM, Unit Keselamatan telah di wujudkan dan diletakkan di bawah Jabatan Pendaftar dengan kekuatan seramai 6 orang sahaja pada awal penubuhan.  Setelah universiti berpindah ke Kampus Bangi, perjawatan Bahagian Keselamatan telah ditambah sehingga 202 orang kakitangan dan kini mempunyai beberapa unit luar seperti di Kampus Kuala Lumpur, Pusat Latihan Khidmat Masyarakat UKM Beranang dan juga Pusat Latihan Khidmat Masyarakat Teluk Intan, Perak.

Bahagian keselamatan pernah diketuai oleh beberapa orang Pengarah Keselamatan dan Ketua Pegawai Keselamatan  iaitu Mejar (B) Taip Sulaiman(1975-2001), Mejar(B) Hashim Abd Rani (2001-2003), Lt Kol.(B) Dollah Ehsan (2003-2005) Mejar Houssaini Abd Ghani (2004-2011) dan Lt Kol.(B) Jury Tasripan (2012-2015). Hari ini Bahagian Keselamatan diterajui oleh Kapten Hamon Rafiz Abd Hamed(Bersara) sebagai Pemangku Pengarah Keselamatan. Semenjak awal penubuhannya Bahagian Keselamatan telah memainkan peranan dalam menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Pengurusan Tertinggi Universiti. Antara tugasan utama Bahagian Keselamatan ialah bertanggungjawab mengawal harta benda universiti, menjaga ketenteraman awam kampus, bertanggungjawab mengawal lalulintas, menguatkuasakan peraturan lalulintas, bantu mula mengawal kebakaran, bertanggungjawab mengawal dan memastikan tiada jenayah dalam kampus serta membuat siasatan kes.

Comments are closed.