KESUKMA

 Kesatuan Kakitangan Am UKM

PENGENALAN

Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya KESUKMA didaftarkan pada 19 April 1977 di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 bernombor pendaftaran 519, Selangor. Sejarahnya bermula sebagai Persatuan Kakitangan Am UKM [PERKAM ] yang ditubuhkan pada 1972. Dari sebuah persatuan kini sebagai sebuah Kesatuan Sekerja yang mewakili hampir 2 ribu orang kakitangan kumpulan sokongan I & II di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Peranan dan tanggungjawab KESUKMA adalah sebagai peantara untuk menyampaikan segala masalah kerjaya, syarat-syarat perkhidmatan dan kebajikan ahli dengan pihak pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Majlis Bersama Jabatan [MBJ] yang bermesyuarat 3 bulan sekali [ 4 kali setahun ].

Diperingkat kebangsaan KESUKMA menjadi anggota dalam Majlis Mesyuarat Gabungan Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Am Universiti/IPTA Malaysia [GAKUM] yang khusus membincangkan semua masalah perjawatan dan kerjaya kakitangan kumpulan sokongan di peringkat Universiti dan menyampaikan cadangan dan pandangan kepada pihak Jawatan Kuasa Naib Canselor Universiti/IPTA Malaysia,JPA dan Menteri Pendidikan Malaysia.

KESUKMA bergabung juga dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam [ CUEPACS ] dan menjadi ahli Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) Badan-Badan Berkanun, MBK Gaji, MBK Teknikal dan MBK Sains dan Teknologi. Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) diselia dan ditadbir oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.