Kesatuan
Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya
KESUKMA didaftarkan pada 19 April 1977 di bawah Akta Kesatuan
Sekerja 1959 bernombor pendaftaran 519, Selangor. Sejarahnya
bermula sebagai Persatuan Kakitangan Am UKM [PERKAM ] yang
ditubuhkan pada 1972. Dari sebuah persatuan kini sebagai
sebuah Kesatuan Sekerja yang mewakili hampir 2 ribu orang
kakitangan kumpulan sokongan I & II di Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Peranan
dan tanggungjawab KESUKMA adalah sebagai peantara untuk
menyampaikan segala masalah kerjaya, syarat-syarat perkhidmatan
dan kebajikan ahli dengan pihak pengurusan Universiti
Kebangsaan Malaysia melalui Majlis Bersama Jabatan [MBJ]
yang bermesyuarat 3 bulan sekali [ 4 kali setahun ].
Diperingkat
kebangsaan KESUKMA menjadi anggota dalam Majlis Mesyuarat
Gabungan Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan
Am Universiti/IPTA Malaysia [GAKUM] yang khusus membincangkan
semua masalah perjawatan dan kerjaya kakitangan kumpulan
sokongan di peringkat Universiti dan menyampaikan cadangan
dan pandangan kepada pihak Jawatan Kuasa Naib Canselor
Universiti/IPTA Malaysia,JPA dan Menteri Pendidikan Malaysia.
KESUKMA
bergabung juga dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja
Di Dalam Perkhidmatan Awam [ CUEPACS ] dan menjadi ahli
Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) Badan-Badan Berkanun,
MBK Gaji, MBK Teknikal dan MBK Sains dan Teknologi. Majlis
Bersama Kebangsaan (MBK) diselia dan ditadbir oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam.