Unit Kebajikan Pelajar – Soalan Lazim

  1. Adakah pelajar yang berlaku kemalangan atau kematian di kawasan luar UKM juga layak menerima pampasan daripada UKM?

    Pelajar layak menerima sumbangan daripada Skim Tabung Kebajikan Pelajar, UKM kerana setiap pelajar telah dikenakan bayaran (yuran) masing-masing semasa pendaftaran pelajar-pelajar baru masuk ke Universiti.

  2. Berapakah pampasan yang akan diterima untuk Kes-kes Khas seperti kecurian?

    Jika berlaku sesuatu kes akibat kecurian dan lain-lain, pelajar layak menerima sumbangan dari Skim Tabung Kebajikan pelajar. Ini dibawah peruntukan Kes-kes Khas. (Antara RM 100.00 ke RM500.00 bergantung kepada tahap kes). Antara sumbangan yang layak diterima adalah seperti :

    a. Kecurian Motorsikal RM200.00
    b. Kecurian laptop RM100.00
    c. Kehilangan dompet RM100.00
    d. Bencana Kebakaran/banjir RM300.00
    e. Rawatan perubatan

    (Tertakluk kepada perakuan Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan)

    Budibicara daripada JK Tabung Kebajikan untuk memutuskan sumbangan