Unit Kaunseling – Soalan Lazim

  1. Apakah masalah-masalah yang boleh mendapatkan perkhidmatan daripada Unit Kaunseling UKM?

    Masalah atau jenis permasalah yang boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling adalah seperti berikut:

    Akademik – meliputi teknik belajar, perancangan pembelajaran dan penyesuaian b
    elajar

    Kerjaya – membabitkan penulisan resume dan persediaan menghadapi temuduga

    Keluarga – berkaitan hubungan kekeluargaan


    Kesihatan – seperti insomnia (sukar tidur), obesiti dan reproduksi remaja


    Kognitif – pemikiran


    Emosi


    Tingkah Laku – seperti Obsessive Compulsif Disorder (OCD) iaitu mengulangi perbuatan sama berulang kali atau was-was.

  2. Apakah perkhidmatan lain yang ada dibekalkan oleh Unit Kaunseling
    1. Sesi kaunseling individu dan kelompok
    2. Sesi bimbingan individu dan kelompok
    3. Pengendalian alat ujian psikologi
    4. Kursus/bengkel kepada Urusetia Pembimbing Rakan Siswa (UPRS)
    5. Program dan kursus motivasi
    6. Bengkel/Klinik Kaunseling
    7. Khidmat sosial seperti membeikan ceramah, rundingan dan penasihatan serta program motivasi dengan pihak luar