MISI PUSAT KHIDMAT SISWA

  1. Bertekad menjadi PTj utama dalam pembentukan generasi pelajar yang terkehadapan dari segi sahsiah untuk membangunkan Negara.
  2. Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan bersistematik secara berterusan, kemudahan yang berkualiti dan persekitaran yang kondusif bagi membina generasi pelajar yang berilmu, bermutu dan berbudi.
  3. Bertekad untuk menyediakan pengurusan perkhidmatan pelajar yang berkualiti bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan sistem pengurusan kualiti yang berterusan.

 

PIAGAM MENGURUS KEMAHASISWAAN

 Perkhidmatan – Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak mahasiswa dan misi Universiti.

Pengurusan – Mengurus kerja dengan cekap, pantas, betul serta terkehadapan.

Sikap – Mewujudkan tenaga kerja yang berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

Keprihatinan – Memastikan PKS sentiasa peka dan responsif kepada keperluan-keperluan mahasiswa, Universiti, Masyarakat dan Negara.

Keterbukaan – Menerima perubahan dari semasa ke semasa untuk menjadi jabatan yang berinovasi, produktif, efisyen dan berkualiti.

 

LAGU VARSITI KITA

Lihat Kampusku Yang Tenang

Damainya Alam Ciptaan Tuhan

Paduan Ilmu Dan Keimanan

Amal Dan Jerih Digabungkan

Lautan Ilmu Kita Harumkan

Sumber Ilmuan Berkembangan

 

Inilah Varsiti Kita

Ditengahkan Hasrat Rakyat Kita

Dari Mula Untuk Semua

Bagai Tanda Perjuangan Kita

 

Bangun Berbakti Membela

Memupuk Insan Jiwa Bertakwa

Memimpin Manusia Semua

Kenal Akan Adat Unggulnya

Membina Negara Sentiasa

Maju Berilmu Dan Bahagia

 

Inilah Varsiti Kita

Ditengahkan Hasrat Rakyat Kita

Dari Mula Untuk Semua

Bagai Tanda Perjuangan Kita

 

LAGU ILMU, MUTU DAN BUDI

Ilmu Mutu Dan Budi

Itulah Harga Diri

Hidup Siswa Siswi

Harapan Ibu Pertiwi

 

Ilmu Mutu Dan Budi

Itulah Pelita Hati

Asas Pembina Peribadi

Untuk Menabur Bakti

 

Itulah Pegangan Hidup Kami

Sumber Kekuatan Rohani

Mutiara Peradaban Asli

Titian Hidup Abadi

 

Ilmu Mutu Dan Budi

Itulah Pusaka Sejati

Menuju Cita-Cita Murni

Semoga Tuhan Memberkati