BANTUAN KEWANGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

MAKLUMAT UMUM

  • Pelajar OKU  yang  menerima biasiswa  khas atas dasar kurang  upayanya, tidak layak menerima elaun/insentif ini tetapi masih  layak jika biasiswa/pinjaman diterima atas merit akademik.
  • Untuk tujuan pembayaran, akaun pelajar hendaklah menggunakan akaun Bank   Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau CIMB  Bank sahaja.
  • Bayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar.
  • Kadar  bayaran  bantuan  kewangan  pelajar  OKU adalah  sebanyak RM 300.00 sebulan. Walau bagaimanapun,  kekerapan bayaran akan dibuat  sekali dalam satu  semester berdasarkan kepada dokumen tuntutan lengkap  yang diterima. (Jumlah bayaran bergantung pada bilangan bulan dalam semester).