Soalan Lazim

PUSAT KESIHATAN

  • Berapakah bayaran yang perlu dibayar oleh saya untuk mendapatkan perkhidmatan di Pusat Kesihatan UKM.

Pesakit tidak perlu membayar sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kesihatan jika pesakit status ‘mendaftar’ sebagai pelajar di dalam sistem MEDIKA.

 

  • Apakah dokumen yang perlu dibawa ke Pusat Kesihatan semasa ingin mendapatkan perkhidmatan?

Pesakit hanya perlu membawa kad matrik bagi mendapatkan rawatan.

 

  • Sekiranya saya sakit selepas waktu pejabat, apakah saya layak mendapatkan perkhidmatan kesihatan?

Pesakit layak menerima perkhidmatan kesihatan selepas waktu pejabat apabila kes-kes kecemasan seperti berikut:

  • Asma / Lelah / Kesukaran Bernafas.
  • Kemalangan Jalanraya.
  • Demam yang teruk (>39.5 c).
  • Cirit-birit / Muntah yang berterusan.
  • “Overdose” ubat-ubatan.
  • Melecur akibat terbakar / bahan kimia.
  • Sengatan binatang berbisa (lebah.tebuan,lipan).
  • Serangan sawan/epilesi (mangsa sedarkan diri).
  • Pesakit jiwa yang mengganggu ketenteraman awam.
  • Cubaan bunuh diri (attempt suicide).
  • Terkehel Sendi
  • Sakit yang kuat dan tidak bermaya / terlampau lemah.

 

  • Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan bantuan ‘medical cover’ bagi program / aktiviti yang memerlukannya bantuan tersebut?

Pemohon perlu menulis surat kepada Ketua Pusat Kesihatan selewat-lewatnya 7 hari bekerja sebelum program/aktiviti dijalankan.

 

 

UNIT KEBAJIKAN PELAJAR

  • Adakah pelajar yang berlaku kemalangan atau kematian di kawasan luar UKM juga layak menerima pampasan daripada UKM?

Pelajar layak menerima sumbangan daripada Skim Tabung Kebajikan Pelajar, UKM kerana setiap pelajar telah dikenakan bayaran (yuran) masing-masing semasa pendaftaran pelajar-pelajar baru masuk ke Universiti.

  • Berapakah pampasan yang akan diterima untuk Kes-kes Khas seperti kecurian?

Jika berlaku sesuatu kes akibat kecurian dan lain-lain, pelajar layak menerima sumbangan dari Skim Tabung Kebajikan pelajar. Ini dibawah peruntukan Kes-kes Khas. (Antara RM 100.00 ke RM500.00 bergantung kepada tahap kes). Antara sumbangan yang layak diterima adalah seperti :

a. Kecurian Motorsikal RM200.00
b. Kecurian laptop RM100.00
c. Kehilangan dompet RM100.00
d. Bencana Kebakaran/banjir RM300.00
e. Rawatan perubatan(Tertakluk kepada perakuan Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan) Budibicara daripada JK Tabung Kebajikan untuk memutuskan sumbangan

 

 

UNIT KAUNSELING

  • Apakah masalah-masalah yang boleh mendapatkan perkhidmatan daripada Unit Kaunseling UKM?

Masalah atau jenis permasalah yang boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling adalah seperti berikut:

Akademik – meliputi teknik belajar, perancangan pembelajaran dan penyesuaian belajar

Kerjaya – membabitkan penulisan resume dan persediaan menghadapi temuduga

Keluarga – berkaitan hubungan kekeluargaan

Kesihatan – seperti insomnia (sukar tidur), obesiti dan reproduksi remaja

Kognitif – pemikiran

Emosi

Tingkah Laku – seperti Obsessive Compulsif Disorder (OCD) iaitu mengulangi perbuatan sama berulang kali atau was-was.

 

  • Apakah perkhidmatan lain yang ada dibekalkan oleh Unit Kaunseling
      • Sesi kaunseling individu dan kelompok
      • Sesi bimbingan individu dan kelompok
      • Pengendalian alat ujian psikologi
      • Kursus/bengkel kepada Urusetia Pembimbing Rakan Siswa (UPRS)
      • Program dan kursus motivasi
      • Bengkel/Klinik Kaunseling
      • Khidmat sosial seperti membeikan ceramah, rundingan dan penasihatan serta program motivasi dengan pihak luar


UNIT PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR

 

  • Berapa lama tempoh yang diambil untuk mendapatkan kelulusan bagi sesuatu kertas kerja yang telah lengkap?

Tempoh untuk mendapat kelulusan bagi kertas kerja yang lengkap bagi program di dalam negara adalah 21 hari dan program di luar negara adalah 3 bulan.

 

  • Berapa lama tempoh yang seharusnya diambil untuk menghantar laporan aktiviti dan kewangan bagi sesuatu program yang telah dijalankan?

Tempoh untuk menghantar laporan aktiviti dan kewangan adalah 1 bulan daripada tarikh tamat program.

PUSAT KEBUDAYAAN

 

  • Apakah kelas-kelas kesenian untuk pelajar yang terdapat di Pusat Kebudayaan UKM?

Kelas-kelas kesenian untuk pelajar yang terdapat di Pusat Kebudayaan adalah seperti berikut :

      • Tater
      • Teater II (Teknikal)
      • Teater III (Penulisan Skrip)
      • Teater IV (Bangsawan)
      • Pengurusan Seni
      • Seni Batik
      • Seni Foto
      • Seni Lukis dan Catan
      • Seni Khat
      • Seni Arca
      • Muzik Moden
      • Muzik Asli
      • Gamelan (Kumpulan I)
      • Gamelan (Kumpulan 2)
      • Gamelan (Kumpulan3)
      • Gamelan (Kumpulan 4)
      • Angklung
      • Cak Lempong
      • Kompang
      • Rebana Ubi
      • Gendang Silat
      • Dikir Barat
      • Nasyid
      • Koir
      • Brass Band/ Orkestra
      • Muzik Klasik
      • Keroncong
      • Seni Tari Rakyat
      • Seni Tari Tradisional Cina
      • Seni Tari Tradisional India
      • Muzik Wayang Kulit
      • Seni Tari Gamelan
      • Seni Tari Kontemporari / Moden
      • Seni Silat Gayung Malaysia
      • Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi
      • Seni Silat Gayung Fatani

 

  • Bagaimana untuk saya mernyertai dalam program yang dianjurkan atau dijalankan Pusat Kebudayaan?

Cara permohonan untuk menyertai program kesenian yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayan JPPel adalah seperti berikut :

Peserta dikalangan pelajar :

Menghubungi terus melalui telefon ke Pejabat Pentadbiran Pusat Kebudayaan ditalian 89214739 / 89215342

facebook : www.facebook.com/ukmculture

twitter : www.twitter.com/ukmculture

laman web Pusat Kebudayaan : www.ukm.my/culturec

ARTISUKMA : www.ukm.my/artisukma

Boleh mengisi borang penyertaan berdasarkan kepada program atau mengisi borang ahli Urusetia ARTISUKMA yang boleh disapati di Pejabat Pentadbiran Pusat Kebudayaan.

Peserta dikalangan kakitangan atau orang luar :

Boleh menulis surat permohonan untuk menyertai program anjuran Pusat Kebudayaan dan dialamatkan di Pejabat Pentadbiran Pusat Kebudayaan atau hadir sendiri ke pejabat ini untuk mengisi borang sebagai Ahli Bersekutu Pusat Kebudayaan.

 

KOR SUKSIS

 

Kelayakan untuk memasuki Kor Sukarelawan Polis Siswa/I adalah :

Tinggi : 1.63 meter (lelaki) dan 1.57 meter (wanita)

Berat badan : 50kg (lelaki) dan 48kg (wanita)

Ukuran dada: 81cm (biasa) dan 86cm (tarik nafas) – bagi lelaki sahaja

Mata : lulus ujian mata kiri/kanan dengan ketetapan v/6/9 tanpa cermin mata serta tidak buta warna (boleh dikecualikan semasa memasuki Kor SUKSIS sahaja)

Pendengaran : tidak cacat

Lulus ujian fizikal

Lulus temuduga

Bersih daripada tapisan Narkotik dan Jenayah

 

        • Elaun yang dibayar adalah seperti berikut :

RM6.00 sejam semasa menyertai Kor SUKSIS di peringkat Universiti

RM7.80 sejam selepas ditauliah sebagai Inspektor Sukarelawan Polis apabila berkhidmat di mana-mana Kontinjen Polis Di Raja Malaysia