Tatatertib Pelajar

Maklumat ini bertujuan memaklumkan kepada pelajar garis panduan pelaksanaan pengendalian kes tatatertib pelajar yang melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 Kaedah-Kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar–Pelajar) 1999.

 

Kesalahan Yang Boleh Disabitkan

Semua perakuan yang bersangkutan dengan kesalahan yang boleh disabitkan bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 Kaedah-Kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar–Pelajar) 1999.

 

Hukuman

  • Amaran
  • Denda tidak melebihi dua ratus ringgit
  • Dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan
  • Digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan
  • Dipecat daripda Universiti, dan
  • Keputusan Senat gagal kursus atau gantung pengajian

 

Prosedur

  1. Menerima laporan aduan daripda Pegawai Penguatkuasa Peraturan/lain-lain individu/organisasi berlkaitan kes tatatertib pelajar.
  2. Menyemak laporan pengaduan seperti butir-butir diri pengadu, penerima aduan /Pegawai Penguatkuasa Peraturan dan butiran laporan aduan untuk mesyuarat Jawatankuasa Siasatan (jika perlu). Sekiranya laporan jelas fakta kes terus ke tindakan menghukum surat dakwaan untuk hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib.
  3. Membentuk Jawatankuasa Siasatan yang terdiri daripada seorang Pengerusi (Penasihat Undang-Undang) dan 2 orang ahli jawatankuasa yang bukan terdiri dari pihak berkuasa tatatertib (jika perlu).
  4. Jawatankuasa Siasatan menghantar laporan kepada Urusetia Tatatertib Pelajar (jika dibentuk jawatankuasa siasatan).
  5. Urusetia Tatatertib Pelajar menghantar notis tunjuk sebab kepada pelajar secara pos berdaftar(jika diminta).
  6. Menerima jawapan notis tunjuk sebab daripada pelajar dan berdasarkan notis ini, terdapat tindakan yang akan dilakukan:
  7. Jawapan memuaskan: Tiada tindakan dan kes ditutup.
  8. Jawapan tidak memuaskan: Kes tatertib diteruskan dan diberitahu kepada Pegawai Pendakwa (mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menjalankan pendakwaan di dalam prosiding tatatertib pelajar). Notis kehadiran perbicaraan dan pendakwaan juga akan disampaikan kepada pelajar secara pos berdaftar.
  9. Prosedur di bawah diteruskan sekiranya jawapan notis tunjuk sebab adalah tidak memuaskan surat dokumen dan hadir dihadapan pihak berkuasa tatatertib:
  • Perbicaraan dan hukuman
  • Mengelaurakn surat keputusan perbicaraan
  • Sekiranya pelajar tidak bersalah, pelajara akan dibebaskan
  • Rayuan, sekiranya pelajar tidak berpuas hati dengan hukuman
  • Keputusan rayuan
  • Fail
  • Tamat