SKIM TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR (TKP)

Skim Tabung Kebajikan Pelajar (TKP) diwujudkan selaras dengan maksud tabung ini, iaitu untuk meringankan beban seseorang pelajar atau keluarganya yang ditimpa kematian atau kemalangan, sumbangan juga akan diberikan kepada ibu/bapa/penjaga pelajar-pelajar yang berkenaan, mengikut peruntukan Tabung ini. Di dalam menimbangkan sesuatu kes yang layak mendapatkan bantuan Tabung Kebajikan ini, perhatian akan diberikan kepada perkara-perkara seperti latar belakang pelajar dan keluarganya, jarak rumah pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebagainya.

Kadar sumbangan bagi setiap permohonan ditentukan oleh Jawatankuasa TKP melibatkan :

  1. Sumbangan untuk Pelajar meninggal dunia
  2. Sumbangan kerana Waris Pelajar meninggal dunia (termasuk adik-beradik)
  3. Sumbangan kerana Suami/Isteri atau anak yang meninggal dunia (jika pelajar sudah berkahwin)
  4. Kemasukan wad
  5. Kes-kes khas
    • Bencana atau musibah (Kebakaran,Banjir,Kecurian)
    • Pembelian Alat bantuan hidup
    • Rawatan Perubatan yang tidak ditanggung oleh Skim Kesihatan Pelajar
    • Sumbangan selain daripada kes-kes diatas dengan budi bicara Pengerusi Jawatan kuasa meluluskannya (bantuan pelajaran, sara hidup, etc)

Untuk keterangan lanjut sila klik panduan di sini

Muat turun borang di sini

Mohon secara atas talian klik sini

SYARAT PERMOHONAN SKIM TKP

  1. Setiap permohonan perlu mengisi borang TKP dalam 3 salinan.
  2. Pelajar Sabah dan Sarawak yang kematian ibu/ bapa/ suami/ isteri [ seorang sahaja]/ anak/ kakak/ abang/ adik akan diberikan sumbangan tambang kapal terbang pergi balik kelas ekonomi.
  3. Surat permohonan bagi kes-kes khas hendaklah disertakan dengan latar belakang keluarga, laporan polis, laporan perubatan atau dokumen sokongan (jika berkaitan).

 

KELAYAKAN

Semua pelajar UKM yang berdaftar dan sedang mengikuti pengajian di peringkat Prasiswazah & Pascasiswazah di UKM.