INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kolokium Siswazah KITA Pembentangan Draf Akhir

April 8, 2019 @ 10:00 am - 12:00 pm

Tarikh: 8 APRIL 2019 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Institut Kajian Etnik, Aras 4 Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas, UKM

PEMBENTANGAN 1
Nama Pelajar: Muhammad Helmy bin Abdul Gapar (P80644)
Program: Sarjana (Pengajian Etnik)
Tajuk Tesis: Sosiologi sukan: hubung kait antara modeniti dan perkembangan sukan bola sepak di Malaysia
Penyelia: Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
Abstrak

Sukan merupakan antara aktiviti yang terawal dilakukan oleh manusia. Namun begitu, penjustifikasian akan ketetapan konsep sukan sehingga sekarang masih menjadi topik perdebatan hangat dalam kalangan sarjana sama ada daripada bidang sains sukan, antropologi, sosiologi, mahupun sejarawan. Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting untuk ditekuni adalah naratif yang dilalui sepanjangan mensejarahan mengenai konsep tersebut. Sebagaimana evolusi yang berlaku kepada manusia, aktiviti sukan juga meniti jalan yang sama. Bermula dengan keinginan untuk bermain (play), disusuli dengan terbentuknya permainan (games), dan kemudiannya diwujudkan institusi untuk mengurustadbir dan mengelola pertandingan (sport). Keadaan ini tidak terjadi secara alami, tetapi terbentuk daripada perubahan alam sosial yang sekaligus memberi kesan akan perkembangannya. Dalam kajian ini, penulis meneliti satu jenis sukan sahaja, iaitu sukan bola sepak. Sukan bola sepak merupakan antara sukan moden (modern sport) yang terawal bertapak di Malaysia. Walau bagaimanapun kajian mengenai perkembangannya jarang ditemukan, meskipun sukan tersebut sudah bertapak lebih dari 100 tahun, iaitu sejak bertapaknya kolonial British di Tanah Melayu sehingga sekarang. Maka dalam menelusuri perihal tersebut, penulis menggunakan pendekatan sosio-historis dengan membahagikan perkembangan suka bola sepak kepada tiga era berbeza, bermula era tradisional sebagai tapak asas kepada aktiviti sukan, kemudian diikuti pula era penjajahan, dan diakhiri dengan era pasca penjajahan yang diasingkan kepada dua, iaitu era 12 tahun selepas Malaya mencapai Kemerdekaan dan pasca Dasar Ekonomi Baru. Akan tetapi, pengkhususan penulis hanya terarah kepada tempoh waktu yang ditetapkan, iaitu bermula dari tahun 1970 sehingga 2015. Data kajian diperolehi menggunakan dua teknik pengumpulan data yang berbeza. Teknik pertama (primer) adalah dengan melakukan temubual bersama dua orang informan yang memiliki autoriti berkenaan sukan di Malaysia. Manakala teknik kedua (sekunder) pula adalah dengan melakukan kajian-kajian kepustakaan sama ada dalam bentuk keratan akhbar, data-data kerajaan, tesis, dan juga data statistik yang diperolehi di dalam mahupun luar negara. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Pendekatan tersebut diperoleh berdasarkan kesesuaian subjek yang dikaji. Hasil analisis kajian ini mendapati bahawa perkembangan sukan bola sepak di Malaysia banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur yang berada di luar sukan bola sepak itu sendiri. Malah, apa yang lebih menarik lagi adalah perkembangan tersebut selari dengan perkembangan negara yang pada ketika itu, sedang menuju era pemodenan.

PEMBENTANGAN 2
Nama Pelajar: Ahmad Zul Hakimi bin Hassim (P63562)
Program: Sarjana (Pengajian Etnik)
Tajuk Tesis: Pembentukan dan pengukuran model kesepaduan sosial dalam kalangan komuniti peniaga di Malaysia
Penyelia: Prof. Dr. Mansor Mohd. Noor
Abstrak

Bentuk hubungan etnik ini sering kali dipengaruhi oleh ciri-ciri dimensi etnik itu sendiri. Di sebalik keutamaan dimensi etnik ini, kepentingan dan semangat menjayakan cita-cita ekonomi mereka mendahului pengaruh etnik yang ada dalam diri masing-masing hingga boleh bekerjasama dan berkongsi dengan rakan peniaga walaupun dari kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Kajian ini memfokuskan kepada masyarakat peniaga di negara ini untuk memahami faktor yang membentuk dan mengukuhkan tahap kesepaduan sosial dalam kalangan mereka. Kerangka teoretikal kajian ini dibina berdasarkan Teori Modenisasi yang memayungi kesemua konstruk-konstruk yang digunakan. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk tinjauan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik diedarkan kepada responden yang terdiri daripada masyarakat peniaga dalam 10 kawasan kajian mengikut jumlah sampel yang ditetapkan. Seramai 554 responden yang ditentukan melalui teknik pensampelan rawak mudah digunakan sebagai sampel kajian. Sebanyak lima konstruk digunakan dalam model hipotesis kajian ini ialah kesepaduan sosial, jaringan perniagaan, hubungan masyarakat dengan kerajaan, hubungan sosial rentas etnik dan batas etnik. Statistik inferensi diaplikasikan melalui pengujian model hipotesis kajian untuk menjelaskan peramalan sebab-akibat di antara sekumpulan pemboleh ubah peramal terhadap pemboleh ubah bersandar. Ia dilaksanakan berdasarkan analisis Partial Least Squares – Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Hasil kajian telah membentuk satu model kesepaduan sosial yang komprehensif dengan menggabungkan kesemua peramal-peramal utama yang penting dalam menjelaskan kesepaduan sosial. Bermula daripada peramal batas etnik yang dijalan dengan hubungan sosial rentas etnik, tadbir urus kerajaan dan jaringan perniagaan, kajian ini mampu menjelaskan perkaitan dan jalinan perubahan dari satu tahap ke satu tahap sehingga mampu menjelaskan tahap kesepaduan sosial yang diinginkan. Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan etnik tidak semestinya kekal dan menghalang pembentukan hubungan etnik yang baik di antara mereka.

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Muat turun jadual pembentangan di sini [421.13 KB]

Details

Date:
April 8, 2019
Time:
10:00 am - 12:00 pm
Event Categories:
,
Event Tags:
, ,

Venue

KITA Meeting Room
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bangi, Selangor 43600 Malaysia
Phone
+603-89214641

Organiser

Institute of Ethnic Studies (KITA)
Phone
+60389214641
View Organiser Website