Language

Google Translator

Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Institute of Ethnic Studies (KITA)

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan 5 (COSNA5)

24 October @ 9:00 am - 26 October @ 1:00 pm

Latar Belakang

COSNA merupakan program tahunan yang telah diadakan sebanyak empat (4) kali. Siri COSNA 4 sebelum ini telah dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pada tahun 2017 Universiti Sains Malaysia menerusi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan telah diberi peranan untuk menganjurkan COSNA 5 dengan kerjasama Majlis Profesor Negara, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dan Institut Kajian Etnik (KITA),UKM.

Fokus utama COSNA 5 adalah berkaitan dengan perkongsian pengalaman di kalangan ahli akademik, penyelidik, ilmuwan, pendidik dan tokoh-tokoh profesional dalam membincangkan isu-isu integrasi nasional, keharmonian sosial, kesepaduan sosial, perpaduan dan kepelbagaian budaya dalam membentuk jaringan hubungan etnik yang utuh dan kukuh.

Objektif

Objektif COSNA 5 adalah untuk menyediakan platform alternatif wacana perkongsian ilmu secara bersama dalam membincangkan dan mengenalpasti pendekatan yang sesuai dalam memperkukuhkan integrasi nasional dan keharmornian sosial sebagai landasan utama dalam memacu kelestarian masa hadapan khususnya bagi menangani isu-isu kenegaraan yang berkaitan kesepaduan sosial, perpaduan dan kepelbagaian budaya. Justeru, COSNA 5 telah menggariskan tiga (3) objektif yang ingin dicapai iaitu:

  • Mengumpulkan bahan atau penulisan ilmiah serta kajian kes yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kursus hubungan etnik, kenegaraan, TITAS, pengajian Malaysia dan pendidikan.
  • Menyediakan wadah wacana ilmu tentang perkara-perkara yang berhubung kait dengan masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia
  • Menyediakan ruang untuk perkongsian ilmu dalam kalangan ahli akademik, penyelidik, ilmuwan, pendidik, pembuat dasar dan tokoh-tokoh profesional dalam membincangkan pembinaan negara bangsa.

Maklumat lanjut berkenaan persidangan ini boleh didapati di http://www.cosna5.usm.my/index.php.

Details

Start:
24 October @ 9:00 am
End:
26 October @ 1:00 pm
Event Category:
Event Tags:
,
Website:
http://www.cosna5.usm.my/index.php

Organizers

University of Science Malaysia (USM)
Institute of Ethnic Studies (KITA)
Majlis Professor Negara
Translate »