INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kolokium Siswazah KITA Pembentangan Draf Akhir

May 23, 2019 @ 10:00 am - 12:00 pm

Tarikh: 23 Mei 2019 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Institut Kajian Etnik, Aras 4 Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas, UKM

PEMBENTANGAN DRAF AKHIR
Nama Pelajar: Mohd Shaiful Ramze Endut (P96789)
Program: Doktor Falsafah (Pengajian Etnik)
Tajuk Tesis: Kehadiran, Ingatan dan Makna: Suatu Analisa Teori Budaya Ingatan Terhadap Upacara Peringatan Asyura di Iran
Penyelia: Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid & Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
Abstrak

Tesis ini membincangkan mengenai teori budaya ingatan serta penerapannya dalam tradisi peringatan Asyura melibatkan masyarakat Syiah di Iran. Justeru itu, dipaparkan pembinaan teori budaya ingatan yang memerihalkal peristiwa traumatik serta bagaimana teori tersebut mampu menghuraikan tradisi peringatan Asyura yang telahpun bertahan melampaui ribuan tahun. Untuk tujuan ini, maka pendekatan konstruktivis digunakan dalam membangunkan teori tersebut berasaskan kritikan terhadap hagemoni makna Niklas Luhmann. Dengan mengambil perspektif Urs Staeheli dan Hans Ulrich Gumbrecht mengenai keterbatasan makna dalam teori sistem sosial, maka dihasilkan tiga jenis budaya: kehadiran, ingatan dan makna. Dalam hal ini, budaya ingatan ditunjukkan sebagai suatu teori tingkat pertengahan di antara budaya kehadiran dan budaya makna. Hasilnya, budaya ingatan (yang berasaskan perbezaan antara pelupaan dan pengenangan) berupaya memulihkan keterbatasan maknaβ€”akibat peristiwa traumatikβ€”menerusi pemupukan budaya kehadiran. Selain itu, budaya kehadiran turut menjadi pemangkin kepada budaya makna menerusi pembangunan semula identiti yang tercalar akibat suatu peristiwa traumatik. Dengan pendekatan pengamatan peserta dalam menyelidik mengenai tradisi peringatan Asyura di Iran, maka peristiwa traumatik Karbala diteroka maknanya melalui unsur-unsur kehadirannya (seperti upacara peringatan Asyura dan perkabungannya). Menerusi pelestarian unsur-unsur kehadiran, maka masyarakat Syiah di Iran bukan sahaja berbangga dengan peristiwa traumatik Karbala tersebut, malahan peristiwa tersebut juga akhirnya menjadi trauma kebudayaannya yang semakin mengukuhkan lagi identiti masyarakat tersebut. Ini sekaligus memberi jawapan terhadap persoalan mengenai sebab tradisi peringatan Asyura dapat bertahan melangkaui ribuan tahun. Menerusi kajian ini, adalah diharapkan akan membuka perbincangan lanjut mengenai beberapa bidang baharu seperti materialiti Syiah, trauma kebudayaan dan pembangunan teori budaya ingatan yang berasaskan makna dan kehadiran.

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Muat Turun Jadual Pembentangan [123.04 KB]

Details

Date:
May 23, 2019
Time:
10:00 am - 12:00 pm
Event Categories:
,
Event Tags:
, , ,

Venue

KITA Meeting Room
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bangi, Selangor 43600 Malaysia
Phone
+603-89214641

Organiser

Institute of Ethnic Studies (KITA)
Phone
+60389214641
View Organiser Website