INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Siri Wacana KITA Bil. 4/2018: Agama, PAS dan Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14

June 1, 2018 @ 10:00 am - 12:00 pm

Tajuk: Agama, PAS dan Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14

Atur cara Tentatif:

  • 9.45 pg – Kehadiran peserta dan pendaftaran
  • 10.00 pg – 10.10 pg – Kata-kata aluan moderator: Prof. Dr. Mansor Mohd Noor, Felo Utama KITA
  • 10.10 pg – 11.30 pg – Agama, PAS dan Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14
  • 11.30pg – 12.00 tgh – Sesi soal jawab
Abstrak

Bertitik tolak dari kemajmukan budaya dan kepelbagaian etniknya, isu perkauman dan agama sentiasa menjadi elemen penting yang diketengahkan dalam persaingan politik kepartian di negara ini. Aktor-aktor politik sentiasa mengambil kesempatan dari kehangatan isu berunsur Islamis untuk dijadikan senjata dalam kempen pilihan raya di Malaysia. Barisan Nasional, yang dianggotai oleh parti-parti yang tunjangnya mewakili kaum-kaum utama di Malaysia, secara tradisinya menawarkan bentuk politik Islam yang mesra dengan konsep kepelbagaian etnik dan agama, tetapi dalam pilihan raya umum ke-14, imaginasi politik ini dapat disaingi denga jayanya oleh gabungan parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan yang kini menguasai Parlimen. Wacana ini melihat dinamika perbezaan dan perubahan yang berlaku dalam politik Islamis seiringan dengan pilihan raya umum ke-14. Penguasaan PAS di pantai timur semenanjung menongkah arus perubahan yang berlaku di pantai barat dan Sabah, mencabar telahan-telahan awal yang pesimis tentang masa depan parti Islamis itu dalam berhadapan dengan kemaraan trend politik baru yang merentasi batas perkauman dan agama. PAS bukan sahaja mengekalkan Kelantan dan merampas Terengganu, tetapi juga mempamerkan prestasi nasional paling cemerlang sepanjang sejarahnya bertanding sebagai parti tunggal, bukan sebagai komponen mana-mana kerjasama politik yang selalunya melihat PAS dibayangi pengaruhnya oleh parti-parti yang lebih besar.

 
Biodata Ringkas Pembentang

Dr. Ahmad Fauzi Abdul Hamid bertugas sebagai Profesor (Sains Politik) di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM). Sejak tiga tahun lepas, beliau juga menjawat tanggungjawab sebagai Penyelidik Perunding, Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), USM. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Falsafah, Politik dan Ekonomi) Universiti Oxford, Sarjana Sastera (Politik Sumber Antarabangsa dan Pembangunan) Universiti Leeds dan Ph.D. Universiti Newcastle, UK, dengan pengkhususan kepada politik gerakan Islam. Sehingga hari ini, Prof. Ahmad Fauzi telah menghasilkan 45 buah makalah dalam jurnal-jurnal tersohor seperti Indonesia and the Malay World, Islamic Culture, The Islamic Quarterly, Islamic Studies, Asian Studies Review, Islam and the Modern Age (New Delhi), Review of Indonesian and Malaysian Affairs, Southeast Asian Studies, Journal of Asian and African Studies, Contemporary Southeast Asia, Asian Journal of Political Science, Japanese Journal of Political Science, Asian Survey, Comparative Islamic Studies, Pacific Affairs, Islam and Christian-Muslim Relations dan Sojourn: Journal of Social Issues in Southeast Asia. Beliau juga telah menghasilkan 26 bab dalam buku yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit ternama seperti Blackwell Publishing (Oxford), National Bureau of Asian Research (Seattle), Oxford University Press, Routledge, Palgrave Macmillan, National University of Singapore Press dan Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) (Singapura), di samping 4 buah monograf penyelidikan terbitan ISEAS dan S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Nanyang Technological University (NTU), Singapura. Pandangan-pandangan beliau telah dipetik oleh media antarabangsa seperti Channel News Asia, CNBC, Asian Wall Street Journal, TV Suria, BBC World News di samping media tempatan seperti BERNAMA, BFM, The Star, Berita Daily, Free Malaysia Today dan The Malay Mail Online. Pemenang Anugerah Sanggar Sanjung (kategori makalah jurnal) peringkat USM untuk tahun-tahun 2013, 2015 dan 2016, Prof. Ahmad Fauzi ialah ahli lembaga pengarang dua jurnal utama Penerbit USM yakni Kajian Malaysia: Journal of Malaysian Studies dan Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities.

Details

Date:
June 1, 2018
Time:
10:00 am - 12:00 pm
Event Category:
Event Tags:
,

Venue

Institute of Ethnic Studies (KITA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor 43600
View Venue Website

Organiser

Institute of Ethnic Studies (KITA)
Phone
+60389214641
View Organiser Website