INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Siri Wacana KITA Bil. 13/2018: Demokrasi dan Pendemokrasian di Indonesia antara Institusi dan Tradisi

December 13, 2018 @ 2:30 pm - 4:30 pm

Tajuk: Demokrasi dan Pendemokrasian di Indonesia antara Institusi dan Tradisi

Atur Cara Majlis:

  • 2.15 ptg: Pendaftaran
  • 2.30 ptg: Kata-kata aluan, Prof. Madya Dr. Nidzam Sulaiman, Felo Kanan KITA
  • 2.45 ptg: Demokrasi dan Pendemokrasian di Indonesia antara Institusi dan Tradisi oleh Indra Fauzan, Calon Doktor Falsafah KITA
  • 3.45 ptg: Sesi soal jawab
  • 4.15 ptg: Kudapan & Sesi Tamat
Abstrak

Pendemokrasian di Indonesia merupakan salah satu perubahan politik dari sekian banyak perubahan sistem politik di dunia daripada autoritarianisme rejim Orde Baru kepada satu sistem politik yang lebih telus, terbuka dan demokratik. Anjakan politik tersebut selalunya menjadi perbincangan dan wacana keilmuan para sarjana hingga masa kini terutamanya di Indonesia. Pendemokrasian di Indonesia sendiri masih menyimpan banyak pertanyaan bagaimana sebenarnya pendemokrasian tersebut boleh berjaya bangkit pada rejim yang sudah berakar umbi penguasaan autoritariannya dan disokong oleh kekuatan tentera yang kuat pula. Ia kelihatan tidak mungkin tumbang. Banyak kajian telah menyentuh betapa kebangkitan massa semasa zaman reformasi telah menjadi satu faktor utama daripada gerakan perubahan tersebut, tetapi terdapat faktor lain yang turut berperanan seperti perpecahan dalaman rejim, gerakan mahasiswa, dan kemelesetan ekonomi. Sebahagian sarjana yang lain pula melihat faktor perpecahan dalaman tentera dan perpecahan elit politik penyokong rejim yang menjadi penyebab utamanya. Kajian ini berusaha mencungkil bagaimana pendemokrasian tersebut dapat berubah dari sudut pandang demokrasi yang berkembang di Indonesia terutamanya sejak masa kemerdekaan dahulu, apabila demokrasi yang dibentuk sudah menyerap dengan budaya politik yang patrimonial dan konservatif. Kajian ini cuba menjelaskan bagaimana sifat konservatif yang berakar umbi berpuluh tahun tu dapat dibongkar oleh gerakan yang mendokong perubahan dalam pergerakan yang berjalan beberapa bulan sahaja. Kajian ini melihat bahawa pembangunan budaya politik demokrasi pada kelas masyarakat sivil terutamanya mahasiswa, aktivis NGO, aktivis pro demokrasi menjadi penyebab utama gerakan reformasi. Tanpa pembangunan budaya politik masyarakat sivil yang kuat dan aktif maka sukar bagi Indonesia mengalami reformasi. Budaya politik demokrasi pada masyarakat sivil merupakan hasil kematangan idea demokrasi daripada proses yang panjang baik secara sejarah, perjuangan dan pematangan idea. Sejak dari awal merdeka budaya politik masyarakat sivil telah wujud tetapi kelihatan terpendam dan tidak disegarkan dengan gerakan yang lebih dinamik, hingga ke era reformasi. Konsep Third Wave Huntington (1991) dipersoalkan kerana tidak meletak kepentingan fakor ini. Di samping itu kajian ini turut melihat bagaimana hala tuju demokrasi pasca reformasi ini berkembang yang melibatkan banyak institusi penyokong integriti dan keterbukaan politik bagian dari reformasi demokrasi. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dengan sumber data primernya daripada informan utama yang terlibat langsung dalam gerakan reformasi dan data sekundernya menggunakan dokumentasi baik daripada akhbar, jurnal, media digital dan lain sebagainya.


Biodata Ringkas Pembentang

Calon Doktor Falsafah Indra Fauzan telah mendaftar pada semester 2, sesi 2014/15. Kini beliau sudah berada dalam semester ke 7. Indra Fauzan mendapat ijazah Sarjana Sains Politik di FSSK pada tahun 2007. Beliau merupakan pensyarah sains politik di Universiti Sumatera Utara (USU) Medan. Bidang kajian beliau banyak menyentuh bidang politik perbandingan dan penyelidikannya lebih tertumpu kepada isu demokrasi dan pendemokrasian Indonesia dan negara sedang membangun amnya.

Muat turun buku atur cara majlis

Details

Date:
December 13, 2018
Time:
2:30 pm - 4:30 pm
Event Category:
Event Tags:
, ,

Venue

KITA Meeting Room
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bangi, Selangor 43600 Malaysia
Phone
+603-89214641

Organiser

Institute of Ethnic Studies (KITA)
Phone
+60389214641
View Organiser Website