INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Advokasi, Formulasi Dasar dan Pelaksanaan: Peranan Penyelidikan dan Analisis Akademik

September 30, 2020 @ 2:30 pm - 5:00 pm

Siri Wacana KITA Bil. 4/2020: Advokasi, Formulasi Dasar dan Pelaksanaan: Peranan Penyelidikan dan Analisis Akademik

Pembentang: Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff
Tarikh: Rabu, 30 hb September 2020
Masa: 2:30 – 5:00 ptg
Lokasi: Bilik Mesyuarat KITA
Moderator: Dr. Adil Johan

Abstrak:

Pembentangan ini adalah satu perkongsian pengalaman lima tahun ketika dipinjamkan di tiga agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di mana ilmu penyelidikan dan analisis kepada bahan ilmu digunakan sebagai asas untuk membentuk bahan advokasi, merangka dasar ataupun menyediakan strategi pelaksanaan. Pembentangan ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian, pertama mengenai isu yang berkaitan dengan integriti dan rasuah dalam negara dan sejauh mana masalah kita. Kedua, mengenai agensi-agensi sedia ada dan apa peranan masing-masing. Bahagian ini akan memberi fokus penglibatan secara terus pembentang dalam agensi-agensi tersebut iaitu, Institut Integriti Malaysia, SPRM, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP), Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) dan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC). Bahagian ketiga akan mengupas mengenai apa yang telah dilakukan dan bagaimana rancangan pelaksanaan tersebut berjaya dicapai dan impak pencapaian pada negara. Kesimpulan pembentangan ini adalah bagaimana ahli akademik dapat memainkan peranan yang berharga dalam membantu mencapai pembangunan negara dan bangsa yang diidamkan oleh semua.

Biodata:

Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff adalah Felo Utama di Institut Kajian Etnik (KITA), UKM yang beliau sertai sejak Januari 2009. Antara tahun 2015-2020 beliau telah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri di mana beliau telah dipertanggungjawabkan menjadi Presiden dan CEO di Institut Integriti Malaysia (2015-2018), Ketua Pengarah di Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) (2018) dan sebagai Timbalan Ketua Pengarah di Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC)-(2018-2020). Sebelum menyertai UKM, Datuk Dr. Anis Yusal pernah berkhidmat di beberapa agensi dan projek di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) selama lebih 10 tahun. Antaranya beliau pernah menjadi Programme Specialist di United Nations Volunteers (UNV) Headquarters di Bonn, Germany, pernah juga berkhidmat sebagai Pakar Perunding kepada Urban Management Programme for Asia Pacific (UMPAP), UNDP untuk rantau Asia dan Pasifik, serta jawatan terakhir beliau sebagai Assistant Resident Representative untuk UNDP di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Datuk Dr. Anis Yusal pernah dilantik oleh DYMM Yang Dipertuan Agong sebagai Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) antara 2014-2018. Beliau juga terlibat dalam pelbagai jawatankuasa penasihat peringkat nasional. Antaranya sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR), Pengerusi Pasukan Petugas Khas Penggubalan Akta Pembiayaan Politik, Ahli Majlis Penasihat Pelan AntiRasuah Nasional, Ahli Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya, dan Ahli Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan.

Dalam bidang akademik, selain penglibatan beliau di KITA dan UKM, beliau juga adalah Profesor Adjung di UTHM (2016-2019) dan di Universiti Malaya (2018-2020). Beliau juga adalah Ahli Majlis Penasihat, Journal of Governance and Integrity, untuk Universiti Malaysia Pahang. Beliau juga banyak menulis buku, bab dalam buku, artikel dalam jurnal, dalam surat khabar dan majalah Dewan Masyarakat. Senarai pilihan penerbitan beliau serta biografi Bahasa Inggeris boleh dilihat di laman web KITA-UKM (www.ukm.my/kita). Beliau juga adalah penulis lirik lagu β€œMalaysia Bersih”, lagu tema sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019.

Untuk memastikan SOP PKPP dipatuhi untuk acara ini, sila daftar kehadiran anda melalui pautan Google Forms ini: https://forms.gle/RKozUtXD2tp5MSpx5

Details

Date:
September 30, 2020
Time:
2:30 pm - 5:00 pm
Event Category:
Event Tags:

Venue

KITA Meeting Room
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bangi, Selangor 43600 Malaysia
Phone
+603-89214641