INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Siri Wacana Warisan Nasional: Warisan Siam Kelantan Sempena Memperingati Siri Neng Buah

March 8, 2018 @ 8:30 am - 1:00 pm

LATAR BELAKANG PROGRAM

Wacana Warisan Siam Kelantan Sempena Memperingati Siri Neng Buah cuba menyerlahkan bagaimana pembinaan negara bangsa di Malaysia adalah berteraskan integrasi dan bukan asimilasi seperti di kebanyakan negara-negara lain. Dalam negara seperti Malaysia, kesedaran dan jati diri etnik sesuatu kumpulan itu disubur dan diperakui. Di peringkat makro, pengasingan jati diri etnik dalam dasar pembinaan negara bangsa ini dipandu dan diikat di atas pelantar integrasi yang berpasakkan ketamadunan payung anak watan dalam masyarakat kepelbagaian. Melalui pelantar integrasi inilah, Islam menjadi agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh diamalkan; bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan tetapi bahasa ibunda lain tidak disekat untuk dipelajari; golongan bumiputera Sabah dan Sarawak diperakui oleh Perlembagaan tetapi kepentingan kumpulan etnik minoriti lain dijamin oleh Yang DiPertuan Agong. Pasak dan pelantar integrasi inilah yang menjadi pilihan sejarah yang dipersetujui bersama oleh kepimpinan negara semasa di ambang pintu kemerdekaan negara, dan termaktub jelas dalam Perlembagaan negara. Dengan pasak dan pelantar integrasi ini, warisan budaya negara melalui proses pembudayaan pinjam meminjam di antara budaya pelbagai kumpulan etnik yang ada di negara ini. Oleh kerana Islam, bahasa Melayu, budaya Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah pasak negara ini, proses pembudayaan antara budaya ini berlaku bukan sahaja merentas pelbagai budaya tetapi juga merentas budaya dan warisan Melayu. Wacana Warisan Siam Kelantan Sempena Memperingati Siri Neng Buah berhasrat untuk menunjukkan dan meraikan proses penyuburan warisan setiap warisan ibunda yang berlaku dengan memberi tumpuan kali ini kepada warisan komuniti Siam di Kelantan. Lebih istimewa, mendiang Siri Neng Buah adalah contoh terbaik yang merentas batas etnik dan warisan Siamnya untuk menyulam sama dalam kerjaya dan kehidupannya dengan warisan nasional yang mentakrif jati diri dan semangat negara bangsa Malaysia, pada dirinya.

PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua. Pendaftaran penyertaan boleh dilakukan menerusi pautan berikut: https://goo.gl/forms/ruBaWFFoNoriaint1

Muat turun risalah program di sini

Details

Date:
March 8, 2018
Time:
8:30 am - 1:00 pm
Event Category:
Event Tags:
, , , ,

Venue

Bilik Senat
Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Organisers

Majlis Professor Negara
Institute of Ethnic Studies (KITA)