Anugerah Bitara Bahasa Melayu, 23 Oktober 2018

Tahniah buat Felo Utama KITA Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong selaku penerima Anugerah Bitara Bahasa Melayu (Kategori Akademia Bahasa Melayu) sempena Majlis Anugerah Bitara & Perkhidmatan UKM 2018 (Penilaian 2017) yang telah berlangsung pada 23 Oktober 2018 di Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain UKM.

Anugerah Bitara Bahasa Melayu adalah bertujuan memberi pengiktirafan kepada PTJ/individu yang cemerlang dalam memartabatkan Bahasa Melayu.