Audit Pengawasan MS ISO 9001: 2015 SPK PPPS Universiti Kebangsaan Malaysia bagi Tahun 2020 secara Atas Talian (Remote Audit), 8 Julai 2020

Pada Rabu 8 Julai 2020, KITA telah menjalani Audit Pengawasan MS ISO 9001: 2015 SPK PPPS Universiti Kebangsaan Malaysia bagi Tahun 2020 secara Atas Talian (Remote Audit) melalui platform Microsoft Teams. Audit dimulai pada jam 9.00 pagi dengan sesi mesyuarat pembukaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah KITA Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid dan dihadiri oleh Ketua Jaminan Kualiti KITA Dr. Adil Johan dan beberapa orang warga KITA yang terlibat secara langsung dalam proses audit. Pada mesyuarat penutup, Ketua Pasukan Juruaudit SIRIM Cik Hanida Ghazali telah membentangkan hasil penemuan audit di mana tiada ketakakuran ditemui.