Book Launch & Setting up of Public Advocacy Fund, 3 September 2018

About 60 people gathered at Bilik Majlis, Chancellery UKM for the launch of KITA Principal Fellow Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria’s book Suatu Perjalanan Hidup: Menghayati Dakapan Masyarakat on September 3, 2018.

The Minister in the PM Department YB Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa who launched the book spoke of his closely working relationship with the KITA-UKM team of academics during the period of the National Unity Consultative Council (NUCC). He recognized the KITA-UKM team played a key role and that the Government now has decided to release the report and act on the many recommendations.

At this book launch a number of VIP’s participated including Tan Sri Johan Jaaffar, Tan Sri Michael Yeoh, Tan Sri Bishop Murphy Pakiam Director General of the Department of National Unity & Integration Datuk Baharin Idris and UKM Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation Affairs) Prof. Dr. Hj. Mohd Ekhwan Hj. Toriman.

KITA Founding Director Distinguished Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin in providing a review of the book recognized the importance of public advocacy and the role of academicians. He announced the setting up of the Public Advocacy Fund at KITA-UKM with Datuk Dr. Denison Jayasooria appointed as the Chairperson of the Fund.

After the launch of the book seven individuals spoke up on public advocacy from various dimensions: Edwin Rajasooria (brother), Prof. Dr. Ong Puay Liu (KITA-UKM), Dr. Hezri Adnan (ISIS Malaysia), Haris Zuan (IKMAS-UKM), Kon Onn Sein (YKPM), Datuk Kuthbul Zaman Bukhari (PROHAM) and Foreign Minister YB Datuk Saifuddin Abdullah (via video).

Majlis Pelancaran Buku & Penubuhan Tabung Advokasi Awam

Kira-kira 60 orang telah hadir di Bilik Majlis, Canselori UKM untuk pelancaran buku Felo Utama KITA Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria, “Suatu Perjalanan Hidup: Menghayati Dakapan Masyarakat” pada 3 September 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa semasa melancarkan buku berkenaan telah menyentuh dalam ucapannya tentang hubungan kerjasama yang erat dengan pasukan ahli akademik KITA-UKM melalui Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MPKN). Beliau mengiktiraf peranan utama yang dimainkan KITA-UKM dan kerajaan kini telah memutuskan untuk mengedarkan laporan berkenaan dan mengambil tindakan berdasarkan pelbagai syor.

Turut hadir pada majlis pelancaran buku berkenaan beberapa orang tokoh kenamaan termasuk Tan Sri Johan Jaaffar, Tan Sri Michael Yeoh, Tan Sri Bishop Murphy Pakiam, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Datuk Baharin Idris dan Timbalan Naib Canselor UKM (Hal-Ehwal Penyelidikan & Inovasi) Prof. Dr. Hj. Mohd Ekhwan Hj. Toriman.

Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dalam mengulas buku berkenaan mengiktiraf kepentingan advokasi awam dan peranan ahli akademik. Beliau turut mengumumkan penubuhan Tabung Advokasi Awam di KITA-UKM dengan pelantikan Datuk Dr. Denison Jayasooria sebagai Pengerusi Tabung.

Dalam majlis yang sama tujuh ahli panel berbicara mengenai advokasi awam dalam dimensi-dimensi berbeza: Edwin Rajasooria (adik), Prof. Dr. Ong Puay Liu (KITA-UKM), Dr. Hezri Adnan (ISIS Malaysia), Haris Zuan (IKMAS-UKM), Kon Onn Sein (YKPM), Datuk Kuthbul Zaman Bukhari (PROHAM) dan Menteri Luar YB Datuk Saifuddin Abdullah (melalui video).