Pelantikan sebagai ahli Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah buat dua Felo Utama KITA iaitu Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong dan Prof. Dr. Ong Puay Liu atas pelantikan sebagai ahli Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama oleh Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak. Badan ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mewujudkan persefahaman dan keharmonian di antara penganut-penganut agama di negara ini demi memelihara keamanan dan kestabilan sosial.

Pelantikan berkenaan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2019.