Selamat Bersara En. Adzhar, 10 Mei 2020

Selamat Bersara diucapkan kepada En. Ahmad Azhar Abu Hassan, Pembantu Tadbir KITA yang bersara wajib pada 10 Mei 2020 setelah berkhidmat selama 38 tahun di UKM. Sekalung penghargaan juga buat En. Adzhar atas sumbangan, pengorbanan dan jasa yang dicurahkan di KITA sejak tertubuhnya institut ini pada tahun 2007.

Seluruh warga KITA mendoakan semoga En. Adzhar sentiasa diberikan perlindungan dan kesihatan yang berpanjangan serta dimurahkan rezeki dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Terima kasih Abang Adzhar, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.