New Publication: UKM Ethnic Studies Paper Series No. 37

Mohd Mahadee Ismail. 2015. Keamatan Kemahiran Sivik: Perbandingan Alumni dan Bukan Alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). UKM Ethnic Studies Paper Series No. 37, August. Bangi: Institute of Ethnic Studies. ISBN: 978-967-0741-13-0

Abstrak: Makalah ini mengupas tingkat keamatan kemahiran sivik para alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). Implementasi PLKN melalui pendekatan multi-dimensi merupakan satu mekanisme baru dalam konteks pembangunan golongan belia daripada pelbagai aspek fizikal mahupun rohani. Teras utama ialah konsep khidmat negara (national service) yang memfokuskan kepada kaedah perkongsian tanggungjawab sivik khususnya dalam kalangan generasi muda bagi melahirkan semangat kebersamaan dalam pelbagai lapisan masyarakat. Sejauhmana keberkesanan pelaksanaan PLKN masih menjadi tanda-tanya pelbagai pihak. Bagi mencari kepastian kepada persoalan tersebut, satu kajian khusus telah dijalankan terhadap alumni PLKN dengan penekanan utama diberikan kepada para mahasiswa Melayu dan Cina di UPM. Seramai 431 responden terlibat dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 207 responden telah mengikuti PLKN. Metod yang diaplikasikan dalam kajian ini berbentuk kuantitatif melalui teknik survei menggunakan borang soal-selidik tadbir urus sendiri. Secara keseluruhannya, kajian mendapati tingkat keamatan kemahiran sivik para alumni PLKN dan bukan alumni PLKN berada pada tingkat keamatan yang tinggi. Secara spesifiknya pula, dapatan kajian menunjukkan wujud pola yang tidak sekata bagi dimensi yang terpilih di mana terdapat sedikit perbezaan tahap keamatan kemahiran sivik di antara belia Melayu dengan belia Cina bagi semua dimensi yang diukur.

Kata kunci: Kemahiran Sivik, Belia, Khidmat Negara dan PLKN
Click here to see full list of UKM Ethnic Studies Paper Series