New Publication: UKM Ethnic Studies Paper Series No. 39

Mohd Syariefudin Abdullah. 2015. Kesepaduan Sosial dalam Komuniti di Kawasan Kejiranan Rukun Tetangga (RT): Kajian di Zon Semenyih, Daerah Hulu Langat Selangor. UKM Ethnic Studies Paper Series No. 39, August. Bangi: Institute of Ethnic Studies. ISBN: 978-967-0741-15-4

Abstrak: Proses modenisasi telah merubah masyarakat daripada masyarakat tradisi kepada masyarakat moden. Impak perubahan ini telah memberi kesan kepada tahap hubungan dalam masyarakat dengan wujudnya keadaan yang lebih individualistik dan corak komuniti yang berorientasikan persatuan (Association) sebagaimana diterjemahkan melalui kewujudan Rukun Tetangga (RT). Makalah ini bermatlamat untuk membincangkan tahap kesepaduan dalam komuniti khasnya di Semenyih, Hulu Langat dalam aspek hubungan kejiranan dalam kalangan pelbagai etnik yang terlibat iaitu Melayu, Cina dan India. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang melibatkan 51 responden di Hulu Langat Selangor. Konsep kesepaduan sosial yang dibawa oleh Jenson (1998) dan Paul Bernard (2000) yang terdiri daripada enam dimensi iaitu belonging–isolation (kepunyaan-pemencilan), inclusion–exclusion (rangkuman-pengecualian), participation–non-involvement (penyertaan-ketakterlibatan), recognition–rejection (pengiktirafan-penolakan), legitimacy–illegitimacy (setara/setaraf-tidak setara), dan equality–inequality (kesamaan-ketidaksamaan) telah digunakan untuk meneliti kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat. Hasil kajian mendapati kesepaduan sosial dalam kalangan RT di Semenyih berada pada tahap sederhana. Dimensi untuk tahap kesaksamaan, pengiktirafan, perasaan kekitaan dan keterangkuman menunjukkan skor yang baik. Pelbagai aktiviti dan program yang bermanfaat perlulah dibawa ke dalam komuniti untuk menggalakkan lagi kesepaduan sosial sesuai dengan peranan RT dalam falsafah RT alaf baru iaitu untuk pembangunan komuniti.

Kata kunci: Komuniti, Kejiranan, Kesepaduan sosial dan Rukun Tetangga (RT)

Click here to see full list of UKM Ethnic Studies Paper Series