New Publication: UKM Ethnic Studies Paper Series No. 41

Pue Giok Hun. 2015. Perkahwinan Campur dan Fenomena Peranakan di Semenanjung Malaysia. UKM Ethnic Studies Paper Series No. 41, August. Bangi: Institute of Ethnic Studies. ISBN: 978-967-0741-17-8

Abstrak: Perkahwinan campur sering ditampilkan dalam masyarakat pluralistik kontemporari Malaysia sebagai satu isu sosial yang bermasalah dan cenderung menimbulkan konflik antara etnik, khasnya apabila melibatkan faktor agama. Namun, fenomena ini sebenarnya bukanlah satu perkara baru, sebaliknya berlaku sejajar dengan pertembungan kontak antara etnik. Ini dibuktikan dengan kewujudan golongan Peranakan yang muncul hasil daripada proses asimilasi yang dimangkinkan oleh amalgamasi sosial (perkahwinan campur) secara turun-temurun antara kumpulan etnik majoriti dengan kumpulan etnik minoriti yang diamalkan secara meluas. Justeru, makalah ini cuba mengupas manifestasi isu perkahwinan campur dalam konteks fenomena Peranakan di Semenanjung Malaysia. Makalah terdiri daripada tiga bahagian utama. Bahagian pertama menyerlahkan kepelbagaian komuniti-komuniti Peranakan yang wujud di Semenanjung Malaysia. Bahagian kedua pula membincangkan faktor-faktor yang dikenal pasti sebagai penggalak kepada amalan perkahwinan campur untuk berlaku secara meluas sehingga membawa kepada kemunculan golongan Peranakan. Seterusnya, bahagian ketiga memfokus kepada penerimaan golongan Peranakan oleh masyarakat. Daripada situ dapat disimpulkan bahawa isu mengenai perkahwinan campur bukanlah disebabkan oleh masalah dalam institusi perkahwinan itu sendiri, sebaliknya berakar-umbi daripada isu pengkategorian masyarakat mengikut garis etnisiti yang terlalu sempit dan superfisial sehingga menidakkan kewujudan interaksi antara etnik yang subur dan dinamik dalam realiti kehidupan sebenar.

Click here to see full list of UKM Ethnic Studies Paper Series