New Publication: UKM Ethnic Studies Paper Series No. 42

Kartini Aboo Talib @ Khalid. 2015. Pemerdagangan Manusia: Hak, Hambatan dan Inisiatif. UKM Ethnic Studies Paper Series No. 42, September. Bangi: Institute of Ethnic Studies. ISBN: 978-967-0741-18-5

Abstrak: Pemerdagangan manusia dikenali sebagai perhambaan zaman moden yang memerlukan komitmen tegas negara untuk menghapus dan mencegah. Seringkali pemerdagangan manusia ini melibatkan mangsa yang dianiya dan dieksploitasi untuk kepentingan dan keuntungan pihak yang menjual dan membeli manusia yang diperdagangkan dengan rakus dan tamak. Kejadian rentas sempadan dan domestik ini mensasarkan wanita, kanak-kanak dan buruh asing yang mudah dieksploitasi. Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk menyediakan mekanisme keselamatan dan perlindungan kepada mangsa pemerdagangan manusia. Usaha mewujudkan undang-undang untuk mensabitkan mereka yang bersalah serta memperkemaskan sempadan negara turut melibatkan pelbagai pihak berkuasa dan komuniti masyarakat. Penarafan turun naik Malaysia dalam laras indeks laporan antarabangsa memperlihatkan bahawa Malaysia masih perlu berusaha menambahbaik mekanisme keselamatan dan pencegahan yang anti pemerdagangan manusia. Selain daripada melaksanakan undang-undang sebagai alat mencegah dan menghukum pelaku yang terlibat dengan pemerdagangan manusia, undang-undang turut dilihat sebagai penegak keadilan yang seharusnya bersedia dengan pindaan bersesuaian dengan kompleksiti masalah sosial semasa. Kelemahan perundangan dengan memberi fokus kepada beberapa isu secara terpisah adalah lompong yang perlu diperkemaskan.

Click here to see full list of UKM Ethnic Studies Paper Series