KITA Discourse Series 13/2018, 13 December 2018

On Thursday 13 December 2018, KITA Discourse Series No. 13/2018 was held with the following particulars:

Title: Demokrasi dan Pendemokrasian di Indonesia antara Institusi dan Tradisi
Speaker: Indra Fauzan, Calon Doktor Falsafah KITA
Venue: KITA Meeting Room

Abstract: Pendemokrasian di Indonesia merupakan salah satu perubahan politik dari sekian banyak perubahan sistem politik di dunia daripada autoritarianisme rejim Orde Baru kepada satu sistem politik yang lebih telus, terbuka dan demokratik. Anjakan politik tersebut selalunya menjadi perbincangan dan wacana keilmuan para sarjana hingga masa kini terutamanya di Indonesia. Pendemokrasian di Indonesia sendiri masih menyimpan banyak pertanyaan bagaimana sebenarnya pendemokrasian tersebut boleh berjaya bangkit pada rejim yang sudah berakar umbi penguasaan autoritariannya dan disokong oleh kekuatan tentera yang kuat pula. Ia kelihatan tidak mungkin tumbang. Banyak kajian telah menyentuh betapa kebangkitan massa semasa zaman reformasi telah menjadi satu faktor utama daripada gerakan perubahan tersebut, tetapi terdapat faktor lain yang turut berperanan seperti perpecahan dalaman rejim, gerakan mahasiswa, dan kemelesetan ekonomi. Sebahagian sarjana yang lain pula melihat faktor perpecahan dalaman tentera dan perpecahan elit politik penyokong rejim yang menjadi penyebab utamanya. Kajian ini berusaha mencungkil bagaimana pendemokrasian tersebut dapat berubah dari sudut pandang demokrasi yang berkembang di Indonesia terutamanya sejak masa kemerdekaan dahulu, apabila demokrasi yang dibentuk sudah menyerap dengan budaya politik yang patrimonial dan konservatif. Kajian ini cuba menjelaskan bagaimana sifat konservatif yang berakar umbi berpuluh tahun tu dapat dibongkar oleh gerakan yang mendokong perubahan dalam pergerakan yang berjalan beberapa bulan sahaja. Kajian ini melihat bahawa pembangunan budaya politik demokrasi pada kelas masyarakat sivil terutamanya mahasiswa, aktivis NGO, aktivis pro demokrasi menjadi penyebab utama gerakan reformasi. Tanpa pembangunan budaya politik masyarakat sivil yang kuat dan aktif maka sukar bagi Indonesia mengalami reformasi. Budaya politik demokrasi pada masyarakat sivil merupakan hasil kematangan idea demokrasi daripada proses yang panjang baik secara sejarah, perjuangan dan pematangan idea. Sejak dari awal merdeka budaya politik masyarakat sivil telah wujud tetapi kelihatan terpendam dan tidak disegarkan dengan gerakan yang lebih dinamik, hingga ke era reformasi. Konsep Third Wave Huntington (1991) dipersoalkan kerana tidak meletak kepentingan fakor ini. Di samping itu kajian ini turut melihat bagaimana hala tuju demokrasi pasca reformasi ini berkembang yang melibatkan banyak institusi penyokong integriti dan keterbukaan politik bagian dari reformasi demokrasi. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dengan sumber data primernya daripada informan utama yang terlibat langsung dalam gerakan reformasi dan data sekundernya menggunakan dokumentasi baik daripada akhbar, jurnal, media digital dan lain sebagainya.

About the Speaker: Calon Doktor Falsafah Indra Fauzan telah mendaftar pada semester 2, sesi 2014/15. Kini beliau sudah berada dalam semester ke 7. Indra Fauzan mendapat ijazah Sarjana Sains Politik di FSSK pada tahun 2007. Beliau merupakan pensyarah sains politik di Universiti Sumatera Utara (USU) Medan. Bidang kajian beliau banyak menyentuh bidang politik perbandingan dan penyelidikannya lebih tertumpu kepada isu demokrasi dan pendemokrasian Indonesia dan negara sedang membangun amnya.

For more photos visit KITA Facebook page to view (click here).